Muatnaik Gambar Sedang Baring Tak Bertudung, Ini Penjelasan Neelofa

0
29781

Mempunyai jutaan follower di laman media sosial, sekira buat silap sikit sahaja habis akan kecoh seantero negara. Itulah yang terjadi kepada pelakon dan pengacara Neelofa.

Neelofa mengejutkan followernya dengan muatnaik foto yang memakai tudung dan sedang baring sambil memakai mask hitam untuk rawatan mukanya. Gambar itu dimuatnaik di IG story milik Neelofa dan kemudian tak lama kemudian dia telah memadamnya.

Walaupun hanya muatnaik sekejap sahaja, gambar berkenaan menimbulkan tanda tanya dikalangan para peminatnya.

Menjawab persoalan orang ramai, tak lama kemudian Neelofa terus memberi kenyataan dan mengatakan dia tak sengaja dan terslap upload gambar.

Ini komennya:

“Foto itu sepatutnya (dikongsi) dengan teman rapat. Maaf jika membuatkan semua terkejut”.

Itulah komen yang dibuat oleh Neelofa setelah tersilap upload gambarnya yang mendedahkan rambutnya di Instagram.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor membuat kenyataan itu menerusi Instagram Story untuk menjelaskan kedudukan sebenar.

Terdahulu, pengacara program MeleTOP! itu memuat naik foto dia sedang memakai topeng wajah tanpa bertudung, namun dipadamkan tidak lama selepas itu.

Dalam gambar itu, Neelofa turut menyertakan keterangan, suntikan steroid membuatkan kulitnya kering dan wajahnya membengkak.

Tersedar bahawa gambar berkenaan dimuat naik untuk tetapan umum, Neelofa, segera memadamnya bagi mengelak sebarang kekecohan.

Namun, beberapa pengikut yang sempat melihat foto itu mengakui terkejut, malah bertanya kemungkinan akaun media sosialnya telah kena hack oleh pihak tak bertanggungjawab.

Sumber: IG Neelofa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here