(FOTO) Tampil Sedondon Dengan Mira Filzah, Ini Respon Zizan Razak

Malam semalam telah berlangsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian untuk kali ke 31. Seperti biasa majlis ABPBH sentiasa menjadi tumpuan ramai dan dinantikan para peminat industri hiburan tanah air. Semua tertunggu-tunggu untuk melihat artis kesayangan mereka.

Anugerah Bintang Popular kali ini dimenangi oleh Wani Hasrita yang mendapat jumlah undian tertinggi dari para peminatnya menewaskan penyandang terdahulu Fattah Amin, Fazura dan juga Khai Bahar.

Majlis berlangsung dengan amat meriah dengan persembahan para artis yang dijemput selain pengacara yang amat rileks dan bersahaja dari Ajak Shiro, Janna Nick dan juga Zara Zya.

Ajak Shiro dan Janna Nick merupakan pengacara dari rancangan hiburan paling popular di TV3 iaitu Melodi.

Semalam, turut menjadi perhatian adalah pasangan yang sering dikaitkan bersama iaitu Zizan Razak dan juga Mira Filzah. Pasangan ini dilihat memakai baju dengan warna yang sedondon dan sama iaitu warna kelabu.

Zizan dengan bersahaja telah berkongsi foto bergambar bersama Mira Filzah dan terus menjadi bualan hangat. Ramai peminat mereka berdua mengatakan pasangan ini sangat secocok bersama.

Menjawab baju mereka yang mempunyai tema warna yang sama, ini komen dari Zizan Razak: “Eh ehhh. Baju sama ke? MashaAllah. Baju saya dah siap sebulan tau. Tak caya tanya Meg KL dan Mira FIlzah

Mira Filzah turut berkongsi foto bersama Zizan Razak di laman media sosial Instagram miliknya.

Ini gambar mereka berdua bersama:

Zizan Razak hadir ke majlis berkenaan bersama ibunya dan turut duduk di sebelah ibunya.

Untuk pengetahuan, Zizan Razak pernah menjadi pengacara Melodi manakala Mira FIlzah pula merupakan pengacara rancangan Nona di TV3.

Apapun tahniah buat Zizan yang berjaya menang kategori artis komedi paling popular.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here