Fuh, ini komen padu Jejai selepas Fasha Sandha selamat diijabkabulkan dengan Aidil

0
23406

Rizal Ashram Ramli atau Jejai merupakan bekas suami kepada Fasha Sandha yang baru sahaja berkahwin baru semalam.

Sebaik sahaja Fasha Sandha sah bergelar isteri kepada Aidil Aziz, Jejai telah menuklis satu komen dan ucapan khas buat Fasha Sandha dan juga Aidil Aziz.

Menerusi laman IG miliknya, Jejai meluahkan rasa lega apabila dapat tahu Aidil Aziz seorang yang baik dan rapat dengan anak-anak mereka, hasil perkahwinan terdahulu antara Jejai dan Fasha..

Sebelum ini, Jejai hanya pernah bertemu dengan Aidil sebanyak tiga kali namun banyak cerita baik sahaja yang didengari Jejai tentang Aidil.

Ini komen Jejai:

UCAPAN BUAT AIDIL AZIZ

“Aidil, congratulations. I’ve met you only three times, but I’ve heard only good things about you. My kids are my everything and I’m glad to know that you are fond of them. That is very important. May both of you as husband and wife continue to love and honour each other.”

“Aidil, tahniah. Saya bertemu dengan anda tiga kali tetapi saya hanya mendengar perkara baik tentang anda. Anak-anak adalah segala-galanya buat saya dan saya bersyukur hubungan anda rapat dengan mereka. Ia sangat penting,”

UCAPAN BUAT FASHA SANDHA

“Fasha, Alhamdullilah selesai majlis nikah. I am so happy and relieved that both of you tied the knot. I am certain that Rayfal and Jemyma enjoyed every bit of this special occasion. I pray that this nuptial tie will bring you a lifetime of love and happiness, may your love forever grow, InsyaAllah. Semoga both of you bahagia dunia akhirat and have smooth one.”

“Fasha, Alhamdulillah selesai majlis nikah. Saya sangat gembira dan lega yang anda berdua akhirnya bersatu sebagai suami-isteri. Saya yakin Rayfal dan Jemyma gembira meraikan anda berdua hari ini. Saya mendoakan agar ikatan ini akan membawa kebahagian dan kegembiraan sehingga ke akhir hayat”

Aidil selamat bergelar suami kepada Fasha dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar Perlis pada pagi Sabtu.

Sebelum ini Fasha dan Jejai mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012 namun mereka bercerai tiga tahun kemudian. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 6 dan Putri Reysha Jemyma, 5 tahun.

Memang terbaik lah Jejai ni. Sebelum ini pun, Jejai juga telah menghadiri majlis resepsi bekas isteri pertamanya, Nora Danish yang berkahwin dengan Nedim.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here