Gambar Terkini ‘Mak Buyung’ Izreen Azminda: “Kejap jer awak dah 6 bulan”

0
9145

Izreen Azminda kini sedang hamil anak pertama hasil hubungan dengan pasangannya, Ude Wahid.

Pelakon ini ada berkongsi gambar dan juga video terkininya di akaun Instagramnya.

Menerusi perkongsian terbarunya itu, Izreen Azminda memuatnaik foto gambar dirinya yang sedang sarat mengandung 6 bulan.

Kemudiannya, ada satu video yang menunjukkan saat gembira pasangan itu membuat scan. Dapat dilihat dengan jelas video berkenaan menunjukkan keadaan bayi dalam kandungan sedang bergerak aktif ketika membuat ultrasound scan.

Video berkenaan dirakam oleh Izreen Azminda dan dikongsi buat peminatnya.

Ini caption yang ditulisnya:

“Kejap jer awak dah nak masok 6 bulan.. Akhirnya #babyA nak jugak tunjuk muka,”

Dari caption oleh Izreen itu, dia menggelarkan bayinya itu dengan nama “Baby A”, mungkin nama yang dipilih nanti bermula dengan huruf A.

Namun begitu sehingga kini, Izreen Azminda masih lagi mengekalkan keputusannya untuk menutup ruangan komen di Instagram.

Sementara itu, Ude Wahid dilihat turut memuatnaik gambar yang sama di laamn IG miilknya.

Ini tulis Ude Wahid: “Baby blanje senyuman utk mama dan baba”

Untuk pengetahuan semua, Izreen Azminda dan suaminya, Ude Wahid (pemuzik) telah bernikah pada 8 Ogos 2017 di Damansara, Petaling Jaya dengan berwalikan bapanya, Mohd Aznam Mohd Noor.

Video : Instagram Izreen Azminda

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here