“Geram!” – Bukan Zulin je bengang, memang ramai yang naik angin dan menyampah

Di laman IG ketika ini sedang viral dengan isu spam jual beli wang lama dan wang asing. Memang menyampah habis dengan scam-scam ini. Antara artis yang rimas ialah Zulin Aziz.

Zulin Aziz bengang apabila ruangan komen di Instagramnya dipenuhi dengan aktiviti penjualan wang lama daripada individu tidak dikenali. Zulin meluahkan rasa rimas dengan aktiviti pertukaran jual beli wang asing dan wang lama di laman Instagram.

Menurut Zulin, pelbagai tindakan sudah diambil antaranya seperti menyekat / block akaun tersebut namun masih ada yang meninggalkan komen tersebut.

“Geram sungguhlah yang komen nak pertukaran wang syiling mata wang asing. Nak bagitahu tak ada aku simpan duit syiling tahun 1999, zaman tu dah habis guna beli mainan, tikam-tikam. Tak ada dah aku simpan tahun ni.

“Ni nak 2019 dah, move on la tak payah gigih translate Bahasa Melayu, kalau balas pun bukan paham.

“Pasal apa ni wujud, sorang-sorang aku block, geram lah kita bagi gambar selfie, sekali komen pertukaran wang asing”

Sebenarnya, caption dan komen yang ditulis oleh individu terbabit menggunakan Bahasa Melayu bagi menarik perhatian pengguna media sosial.

Rata-rata pengikut Zulin di laman tersebut bersetuju dengan pandangan itu dan turut terhibur dengan video yang di muat naik.

Ini antara respon balas dari netizen yang setuju dengan Zulin:

“Haha… awat lawak bebenor ni kak… tak payah layan dia orang tu scammer je, ramai dah kena”

“Aduhai, lawak betul tapi betul la rimas tengok, good one Zulin menyampah betul yang dok iklan duit lama tu. Pang laju-laju sat gi baru depan tahu”

Bukan Zulin je bengang, tapi memang ramai yang menyampah dengan komen sebegitu.

Kalau diamati, kebanyakan akaun yang menjalankan aktiviti tersebut dipercayai bukan warganegara Malaysia dan ada mengatakan ini hanyalah scam semata-mata yang mana pihak berkenaan akan meminta mereka yang terpedaya untuk bank ini duit terlebih dahulu sebelum aktiviti jual beli dilakukan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here