“Hang takda alasan nak nikah satu lagi” – Erma Fatima kepada adik ipar

Satu rakaman video pelakon Erma Fatima sedang meraikan majlis istimewa pengumuman jantina bayi dalam kandungan adiknya iaitu Betty Rahmad mencuri tumpuan orang ramai terutama followernya di laman IG.

Video berkenaan menunjukkan gelagat lucu Erma Fatima dan tetamu yang hadir ketika berada di majlis namun apa yang mencuri perhatian adalah caption yang ditulis pada video berkenaan.

Erma Fatima yang merupakan pelakon utama drama Mak Cun, telah menulis luahan hatinya dan memberi satu pesanan kepada adik iparnya yang juga merupakan suami kepada Betty iaitu Ardy Damis.

Ini tulis Erma Fatima:

“Nikmatnya kurnian Allah kepada perempuan yang mampu mengandung, sembilan bulan itu yang paling indah. Alhamdulillah adik aku mampu melahirkan zuriat buat suaminya. Ardy Damis hang takdak alasan nak menikah satu lagi naaa. Aku nak girl tapi tak apa lah, syukur!”

Pesanan buat suami Betty adalah berkenaan permintaan atau alansa yang diberi untuk berkahwin lain iaitu tidak boleh ada zuriat. ternyaat suami Betty tidak boleh memberi alasan berkenaan kerana Betty mampu untuk melahirkan anak buatnya.

Video yang dimuat naik pada hari Ahad itu menerima lebih 100,000 tontonan.

Para followernya laman sosial tersebut turut menulis komen dan pandangan tentang caption yang ditulis Erma Fatima itu.

“Tak boleh beranak tu alasan basi jantan kahwin lagi kakak oii, yang dah berderet tu ramai saja kawin, dasar gatal miang keladi” -@Sazreena

“Kenapa aku sedih baca kapsyen ni, apa-apa pun tahniah, tak kisah lah baby boy or girl, janji sihat… Amin” @NorSalina.

Adik bongsu kepada Erma dan Datin Seri Umie Aida ini sedang hamil enam bulan dan mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki.

Betty dan Ardy bernikah di Damansara Perdana, Selangor pada 4 Februari lalu.

Untuk pengetahuan, Erma Fatima pernah berkahwin dengan Bade Azmi dan mereka tidak dikurniakan zuriat dan ia dikatakan antara penyebab Bade berkahwin lain. Pasangan ini akhirnya bercerai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here