Hanis Zalikha cemas bayi dalam kandungan tak gerak

0
1538

Hanis Zalikha berkongsi detik cemas apabila bayi dalam kandungannya secara tiba-tiba tidak bergerak selepas selesai solat Asar pada hari kedua berpuasa.

Bagaimanapun, Hanis yang merupakan isteri kepada pelakon Hairul Azreen, berkata, bayinya kembali menendang dengan kuat selepas dia terpaksa berbuka puasa dan mengisi perut dengan makanan dan minuman.

Ini komennya:

“Masuk trimester ketiga, waktu bulan puasa. Maknya jenis okay berpuasa. Tak lapar tak dahaga. Tapi hari kedua tu, lepas solat Asar, baby mengeras. Lepas tu dia diam saja.

“Baby yang kali ni dah lah sangat memberi respon, kalau kita letak tangan dia akan high five atau tendang. Tapi masa petang tu kita geletek dia, Daddy (Hairul) panggil dia, semua dia tak nak respon.

“OMG gementar. Terus Daddy dia suruh buka puasa minum air dan makan. Dah teguk susu kurma, makan coklat biskut semua (kemain maknya), dan dan tu juga baby tendang kuat gila,”

Hanis mendedahkan perkara tersebut menerusi laman Instagramnya pada Jumaat.

Dalam pada itu, Hanis berkongsi nasihat doktor mengenai segelintir wanita hamil sangat sensitif ketika mereka berpuasa boleh menyebabkan air ketuban berkurangan.

Selain itu, doktor juga menasihatkan supaya dia sentiasa menjaga dan peka dengan kiraan tendangan bayi dalam kandungan.

Ini dedah Hanis Zalikha lagi:

“Lepas tu, semalam doktor tanya puasa ke tak. Kita jawab tak, doktor kata okay bagus, sesetengah orang sangat sensitif, bila puasa pun air ketuban boleh berkurangan.

“Jaga kiraan tendangan saja sekarang. Kita tahu waktu bayi kita aktif, jadi cuma kena peka. Kiraan tendangan tu bukan selang yang tepat sama setiap orang.

“Ia cuma bantu kita peka waktu aktif bayi kita. Doakan keselamatan dan kesihatan kami ya!”

Sumber: IG Hanis / mstar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here