“Im sorry because touch ur face too much! I love you” Gadis ini akui tarik Asad Motawh sampai jatuh pentas

0
6155

Penyanyi remaja yang sedang popular di Malaysia iaitu Asad Motawh sebelum ini dilaporkan telah terjatuh dari atas pentas ketika sedang membuat persembahan secara live.

Video kejadian telah dikongsi oleh Asad Motawh dan ianya membuatkan ramai netizen menjadikannya sebagai bahan untuk membawang.

Dalam perkembangan yang terkini, Asad Motawh ada berkongsi perbualannya bersama gadis yang mengakui telah menarik dirinya ketika membuat persembahan di Sabah hujung minggu lalu.

Gadis berkenaan telah membuat permohonan maaf secara peribadi kepada Asad Motawh di atas insiden tersebut.

Perbualan berkenaan dibuat menerusi laman media sosial di Instagram.

Ini tulis gadis berkenaan:

“Goodnight bro! I’m sorry for yesterday, because I pulled you down.

“Are you okay? Im sorry because touch ur face too much!, I love you,”

Melihat mesej berkenaan, ini pula respon balas yang diberikan oleh Asad Motawh:

“It’s totally fine! Hope you enjoy the show”

Asad Motawh telah memuat naik perbualan tersebut di Instagram Stories dengan caption ‘My fans are the cutest”

Ini foto perbualan antara Asad Motawh dan gadis berkenaan:

Melihat diruangan komen rata-rata netizen memberikan respon pelbagai terhadap perkongsian penyanyi tersebut.

Malah ada juga menganggap perkara tersebut seperti dibuat-buat.

Terdahulu, As’ad telah dikritik hebat oleh netizen selepas tular sebuah video yang memaparkan dirinya terjatuh dari pentas akibat ditarik peminat fanatik.

Sumber: Instagram As’ad Motawh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here