“Ingat kami binatang bawa anak-anak” Kronologi Penuh Stacy Mengamuk, Ini Respon Balas Sunway Lagoon

0
23828

Taman Tema popular, Sunway Lagoon mengambil serius aduan penyanyi Stacy Anam berhubung dua kakitangan mereka yang didakwa memperlekehkan dia dan suami, Akim Ahmad.

Stacy Anam luah rasa berang apabila dirinya diperlekehkan dua petugas di Sunway Lagoon.

Dari pendedahan Stacy petugas itu dengan sengaja berniat untuk memalukan dia bersama suami yang juga penyanyi Akim Ahmad yang ketika itu sibuk menguruskan dua anak mereka untuk masuk ke taman itu.

“Ingatkan saya seorang saja yang kena, rupanya suami pun sama. Kami penat urus anak yang meragam boleh pula kakitangan di situ ‘menganjing’ depan-depan.

“Saya tak kisah kalau tak kenal kami tapi janganlah sampai memperlekehkan. Maaf ya kami datang bukan untuk minta dikenali atau dengar perbualan sinis itu.

“Perlu ke nak mengumpat sampai terjerit-jerit hingga kami dengar apa yang diperkatakan?”

“Kamu ingat kami binatang yang membawa anak-anak. Kami tak nak apa-apa, cuma jangan terbawa-bawa sikap kurang ajar ke tempat kerja.

“Yang datang bukan masuk percuma. Jadi tolong jaga bahasa dan tingkah laku. Harap-harap ada ganjaran besar menanti kamu atas tindakan dibuat itu,”

Menerusi komen yang ditinggalkan di Instagram Stacy, taman tema itu menjelaskan akan menyiasat perkara berkenaan.

Ini respon balas dari pihak Sunway Lagoon.

“Terima kasih kerana tampil memberi maklum balas mengenai insiden yang berlaku.

“Kami kesal dengan pengalaman buruk yang dilalui. Untuk pengetahuan, kami sedang menyiasat perkara ini.

“Pihak pengurusan juga tidak akan menerima sebarang tindakan dan perilaku yang tidak baik. Kami akan mengambil tindakan. Terima kasih,”

Sementara itu, Stacy berterima kasih dengan maklum balas pihak taman tema terbabit.

Ini komen Stacy lagi:

“Saya mengambil langkah memuat naik perkara ini kerana sebagai pengunjung perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana kami membayar tetapi kami mendapat layanan yang kurang baik daripada kakitangan anda.

“Siapa nak menerima layanan sebegini? Saya berharap ia menjadi pengajaran untuk kedua pihak.

“Wang ringgit yang dikeluarkan adalah untuk datang bergembira bersama keluarga,”

Dalam pada itu, Akim yang juga vokalis kumpulan Akim & Majistret berkata, layanan sebegini sudah biasa dilalui golongan artis.

Ini pula reaksi dari Akim:

“Selalunya saya buat tak tahu je. Hari ini isteri yang sedang urus anak-anak yang tengah meragam terdengar pula suara yang kurang enak.

“Untuk saya perkara sebegitu sudah biasa dilalui oleh artis. Mungkin ada hikmah benda ini untuk semua pihak termasuklah pengurusan dan apapun pekerjaan.

“Dengan era yang serba canggih dan kita nak melangkah ke tahun 2020, harap semua ada peningkatan dari segi kesopanan dan kesusilaan,”

Itulah yang berlaku antara Stacy, Akim dan juga Sunway Lagoon.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here