“Ini amaran juga kepada Malaysia, Indonesia” – Angkuhnya George Clooney bicara tentang kes Brunei

0
4566

Kecoh apabila George Clooney telah menyebut nama Malaysia secara live dan berpendapat bahawa apa yang berlaku yang melibatkan kes negara Brunei sebenarnya turut merupakan ‘satu amaran kepada Malaysia dan Indonesia’

Pelakon gred A dari Hollywood iaitu George Clooney itu mendakwa tindakan memboikot hotel milik Sultan Brunei memberi kesan apabila negara itu kini menangguhkan hukuman hudud untuk kesalahan hubungan yang terlarang di sisi agama Islam.

Dalam temuramah dalam program Ellen, pelakon popular itu juga dengan angkuhnya berpendapat bahawa apa yang berlaku merupakan ‘satu amaran kepada Malaysia dan Indonesia’.

Ini kata-kata George Clooney di temubual itu:

“Ini juga amaran kepada negara-negara seperti Indonesia dan Malaysia yang juga sedang mempertimbangkan undang-undang ini.

“Untuk orang-orang kaya, boikot perniagaan mungkin tidak ada kesan tapi akan beri kesan kepada orang lain yang berurusan dengan mereka.

“Itulah caranya,”

Kata-kata dari pelakon berkenaan mendapat tepukan gemuruh dari para penonton.

Ini videonya;

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sebelum ini melanjutkan moratorium ke atas hukuman mati untuk undang-undang berkenaan kerana kritikan global yang tak faham dengan agama Islam.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya, menganggap kenyataan Clooney itu membayangkan dia sebenarnya tidak memahami Malaysia.

“Malaysia sebuah negara Islam, sudah tentu kita tidak boleh terima budaya LGBT,”

Kata dari Marzuki itu telah dipetik dari portal The Star.

Sumber: Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here