Ini Antara Komen Orang Ramai Yang Luah Rasa Pelik, Tak Puas Hati Kemenangan Wani Hasrita

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH kali ke 31 telah berlangsung Ahad lalu. Sememangnya anugerah ini sentiasa menjadi tumpuan ramai sejak mula diperkenalkan beberapa puluh tahun dulu.

Boleh dikatan sejak tahun 1987, anugerah ni menjadi platform utama untuk para artis bergelar superstar Malaysia. Antara yang pernah memenangi Anugerah Bintang Paling Popular ialah seperti Kak Ogy, Sofea Jane, M Nasir, Ziana Zain, Siti Nurhaliza, Rosyam Nor, Mawi, Nabil, Shaheizy Sam, Aaron Aziz, Neelofa dan juara tahun lalu Fattah Amin.

ABPBH kali ke 31 ini, juara Bintang Paling Popular ialah penyanyi sedang meningkat naik iaitu Wani Hasrita. Penyanyi ini mula popular menerusi lagunya berjudul menahan Rindu.

Lagu ini merupakan OST untuk drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku dan muzik video official nya sudah ditonton lebih dari 30 juta di laman Youtube.

Namun begitu, kemenangan Wani Hasrita pada tahun ini telah mengundang kecaman dari para netizen yang seakan tak percaya dengan keputusan berkenaan. Ada yang turut mempertikaikan bagaimana Wani Hasrita yang baru nak naik boleh menang anugerah sebesar begini.

Malah ada juga yang mengatakan penyanyi ini telah membeli undi.

Ini komen dari netizen:

Ini lagu Wanita Hasrita yang amat popular:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here