Ini Baru Betul “Beauty With Brain”.. Gambar Konvo Anak Fauzi Nawawi Buat Ramai Terpesona

0
14804

Antara pasangan selebriti yang popular di Malaysia ialah Fauzi Nawawi dan juga Lisdawati. Kedua-duanya merupakan pelakon yang amat mantap.

Sebelum berkahwin dengan Lisdawati, Fauzi Nawawi pernah berkahwin dan bercerai. Hasil perkahwinan terdahulu, Fauzi Nawawi telah dikurniakan empat orang cahaya mata. Walaupun begitu, sejak kecil, keempat-empat anak Fauzi Nawawi ini sangat akrab dan rapat dengan ibu tiri mereka iaitu Lisdawati.

Dengan panggilan ‘mama’, hubungan Lisdawati dengan anak-anak tiri memang begitu baik.

Dalam perkembangan terbaru, Lisdawati ada memuatnaik foto terbaru anak sulung Fauzi Nawawi yang baru sahaja selesai konvo. Lisdawati amat gembira dengan kejayaan anaknya, dan Lisdawati telah memuat naik gambar konvokesyen Hanna Faresha di Instagram. Ternyata foto ini mencuri perhatian kerana begitu jelita.

Apatah lagi Hanna Faresha seorang yang amat bijak apabila pernah meraih keputusan yang amat cemerlang iaitu keputusan 10A semasa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selepas SPM, Hanna telah menyambung pengajian di Intec Education College dan akhirnya telahpun selamat bergraduasi semalam.

Fauzi Nawawi memberi komen bersyukur kerana anaknya itu berjaya dalam bidang yang disertai:

“Tiada lagi saat yg lebih membahagia kan ibubapa selain melihat kejayaan anak2 .. I’m proud of u @hannafaresha semoga menjadi anak yg solehah dan berjaya dunia akhirat.Tq @lisdawati15 kerana kasih sayang serta perhatian kpd anak2”

Ini beberapa foto Hanna Faresha ketika konvo:

Dengan kencantiakn yang dimiliki dan kepandaiannya, rata-rata netizen tak kira lelaki mahupun wanita terpesona dan memuji kepintaran dan kecantikan yang dimiliki Hanna Faresha ini. Memang betul-betul beauty with brain!

Selain itu, Hanna Faresha kini mula menceburi dalam bidang model muslimah pula, bak kata orang model tudung dan mula menempa nama sebagai instafamous. Di media sosial, si cantik ini memiliki lebih 100k followers. Mungkin si cantik manis anak gadis Fauzi Nawawi ini punyai bakat dalam bidang seni, mesti boleh pergi jauh punya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here