Ini Komen Suami King Coco, Kapten Azrin Setelah Bercerai Dengan Isteri Pertama

0
15433

Suami kepada Instafamous popular, King Coco iaitu Kapten Azrin tampil memberi komen dan telah mengesahkan dirinya sudah bercerai dengan isteri pertamanya, Nor Azura Usman pada Oktober 2018 yang lalu.

Keputusan penceraian tersebut dibuat hasil persetujuan bersama antara Kapten Azrin dan Zura selepas berbincang antara mereka berdua dan juga dengan keluarga masing-masing.

Menerusi Nona lagi, Kapten Azrin turut berkata mungkin perpisahan yang berlaku adalah disebabkan oleh kekhilafan dirinya sendiri.

Ini komen Kapten Azrin:

“Saya mengesahkan kami berdua sudah pun bercerai pada awal bulan Oktober 2018.

“Saya tak pernah berniat untuk menceraikan bekas isteri saya. Kami berbincang dengan keluarga dan ibu saya akhirnya saya bersetuju untuk Nor Azura memfaikan kes perceraian ini.

“Mungkin disebabkan kekhilafan saya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami.

“Kami berpisah cara baik dan sehingga kini masih berkomunikasi demi anak-anak. Saya akui sampai sini sahaja jodoh kami berdua,”

Terdahulu, khabar angin mengenai perkara tersebut mulai menjadi buah mulut sejak minggu lalu apabila bekas isteri Ude Wahid, Intan Liana ada memuat naik foto bersama bekas madu King Coco itu dengan caption menyatakan mereka ibu tunggal dan telah motivasi terhadap ibu beranak tiga itu.

Malah, menerusi bio Instagram Azura sendiri, masing-masing sepertinya membayangkan sesuatu.

Zura melalui laman IG miliknya akhirnya mendedahkan dirinya kini sudah tidak lagi berkahwin dengan Kapten Azrin serta telah bercerai dan telah tamat tempoh edah.

Hasil perkahwinan antara Nor Azura dan Azrin, pasangan berkenaan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Sementara itu, King Coco dan Kapten Azrin turut memiliki seorang anak, Putra Kyle Mateen yang kini berusia setahun.

Sumber: Nona

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here