Ini Penjelasan Sebenar YB Dituduh Berlagak Samseng.. “Saya Beri Tempoh 24 Jam Tarik Video Viral…”

0
51256

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, YB Norhizam Hassan Baktee menajdi tumpuan hari ini apabila satu videonya menjadi viral.

YB Norhizam bertegas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terus menabur fitnah dan cuba mencemar nama beliau melalui video yang tersebar tetapi tak tahu pangkal cerita.

AKAN AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi DAP Negeri Melaka meluahkan rasa kesal apabila sekumpulan penduduk Pengkalan Batu sengaja menimbulkan provokasi apabila isu jalan alternatif di Taman Akasia, Sungai Putat dimanipulasi oleh pihak yang mempunyai kepentingan masing-masing.

Tambah YB Norhizam lagi, sebagai seorang Exco beliau sedar akan tanggungjawab dan sentiasa menjaga tingkah laku, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Oleh itu, percubaan untuk menabur fitnah kepadanya akan membuatkan dirinya untuk ambil tindakan undang-undang.

Ini videonya:

KISAH SEBENAR YANG BERLAKU

Menurut Norhizam lagi, pada awalnya, beliau hanya mahu mengadakan perbincangan bagi menghalang sekumpulan penduduk menggunakan laluan alternatif di hadapan Taman Akasia kerana ia merbahayakan penduduk.

Sedangkan, kata Norhizam laluan utama sudah disediakan bahkan jalan baru tersebut sudah diturap dengan kos RM120,000 setiap satu kilometer.

Pendek kata, orang Taman Akasia buat aduan bahawa jalan di depan rumah mereka sering jadi tumpuan kereta. Kemudian YB Norhizam mahu menutup jalan itu sebab bahaya kepada penduduk rumah taman itu, tetapi ada pihak yang marah.

Kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu itu,beliau perlu bertindak tegas kerana isu yang dibangkitkan membabitkan keselamatan rakyat.

“Penduduk Taman Akasia bantah kerana penduduk kampung jadikan laluan di hadapan rumah mereka sebagai alternatif. Ia membahayakan mereka…buka pintu rumah sahaja sudah seperti jalan raya”

“Saya malas nak layan orang yang tak sekolah, dia terlebih dahulu bercakap kasar dengan saya. Dia mengherdik saya, menunjal-nunjal di hadapan saya. Dia ingat saya ni siapa? Kalau nak cakap dengan saya, biarlah beradab,” katanya.

“Sudah ada jalan yang baik dan elok, tidak lagi berlubang dan baru diturap, kenapa tidak gunakan jalan tersebut. Saya tidak maki hamun mereka, saya cuma tinggikan suara kerana mereka yang mulakan. Jadi di mana salahnya saya. Kenapa mesti viralkan video berdurasi pendek yang hanya memaparkan pertelagahan antara saya dengan penduduk tersebut. Kenapa tidak viralkan rakaman video penuh dari mula hingga akhir supaya masyarakat tahu apa perkara sebenar,”

Ini videonya:

Norhizam berikutnya berkata mereka yang buat tuduhan liar sengaja mempolitikkan isu tersebut sedangkan tidak mengetahui apa yang berlaku.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here