Ini penjelasan secara live oleh Aliff Aziz tentang kontroversi yang melanda dirinya

Penyanyi dan pelakon popular, Aliff Aziz akhirnya bersuara tentang kontroversi yang melanda dirinya apabila didakwa berlaku curang sekali lagi kepada isterinya Bella Astillah.

Kali ini, Aliff Aziz didakwa oleh Bella, bahawa dia telah menjalin hubungan dengan pelakon iaitu Oktovia Manrose.

Aliff Aziz telah membuat satu sesi video live di laman media sosial Instagram malam tadi dan akui perbuatan nya itu merupakan satu kesalahan dan kesilapan besar.

Ini videonya

Aliff Aziz tampil secara live jelaskan kes rumahtangganya

Luahan Aliff Aziz secara live tentang kes rumahtangganya

Posted by Rozita Che Wan & Zain Saidin on Friday, 1 March 2019

Di sesi live itu, Kata Aliff, status dimuat naik Bella adalah memang benar dan Aliff tak menyalahkan tindakan isterinya itu.

“Setiap kesalahan yang terjadi ada punca. Dalam kes saya, saya mengakui menjadi punca kepada semuanya. Perkara sebenar pun sudah terbukti.

“Jadi, saya ingin memohon maaf kepada semua. Bagi saya perlu untuk akui jika ia memang salah,”

“Isteri saya sudah lalui macam-macam. Saya memberikan masalah kepadanya. Saya berasa sangat bersalah terhadapnya.

“Saya kesal atas apa yang terjadi dan saya tidak mahu nafikan kesalahan saya. Setiap manusia pasti buat salah. Dalam kes saya, diakui ia memang berpunca daripada saya.

“Nak caci, maki dan hamun saya silakan. Cuma, jangan komen apa yang anda tidak tahu,”

Jelas penyanyi lagu Sayang-sayang dan Kalau Cinta ini, dia kini sedang sedaya upaya untuk membetulkan semula keadaan rumah tangganya dengan Bella.

“Soal hubungan dan rumah tangga saya dengan isteri, biar saya yang selesaikan. Banyak perkara yang perlu dibuat dan diperbetulkan. Kesilapan saya pada Allah, biar saya uruskan. Kesalahan saya pada ibu bapa, itu tanggungjawab saya,”

Dalam sesi live itu, Aliff berkata dia buat penjelasan itu bukan untuk menegakkan benang yang basah tapi memohon orang ramai supaya tidak mengaitkan keluarganya dalam hal itu selain mengaku dirinya yang buat silap.

Aliff dilihat dengan jelas telah menafikan dakwaan segelintir netizen yang mengatakan status dimuat naik ibunya di laman sosial adalah untuk menutup kesalahan dirinya.

Tambah Aliff, dia tidak kisah jika selepas ini orang ramai masih terus bercakap tentang dirinya setelah kontroversi berkenaan berlaku.

Ini komennya lagi:

“Saya bukan nak cakap siapa yang salah. Malah banyak artikel keluar dan Via (Oktovia) pun sudah minta maaf dan tidak menafikan apa yang berlaku. Memang kami yang bersalah.

“Sekarang, saya cuba untuk ‘move on’ dengan apa yang berlaku. Saya juga mahu minta maaf kepada seluruh keluarga saya. Adik-beradik saya juga marahkan saya kerana menjadi punca umi (mak) saya dihentam netizen,”

“Selepas ini, nak cakap apa, cakaplah. Saya sudah luahkan semuanya apa yang saya rasa. Selepas ini saya tidak mahu memberikan sebarang komen lagi. Insya Allah, selepas ini segalanya berjalan baik,”

“Apa yang umi muat naik bersifat menyeluruh. Tidak ada kaitan langsung dengan Bella, malah jauh sekali nak menutup kesalahan saya.

“Saya lebih tahu umi macam mana. Kalau apa yang saya buat salah, dia akan tegur dan marah. Apabila, status berkenaan menimbulkan persepsi berbeza daripada netizen, ini yang perlu saya betulkan.

“Kasihan umi kena hentam dan kritik gara-gara status itu. Kalau ikutkan dia halang saya daripada membuat sesi live perkara ini. Dia cakap, biarlah orang nak cakap apa mengenainya,”

Sumber: IG ALIFF AZIZ / harian metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here