Ini Penjelasan Tiada Siaran Langsung “Champions League” Di Astro

Ini satu berita yang membuatkan ramai peminat bola sepak kecewa. Syarikat penyiaran terbesar negara, ASTRO khabarnya tidak akan menyiarkan siaran langsung perlawanan bola sepak UEFA Champions League di rangkaian sukan mereka pada tahun ini.

Perkara ini menimbulkan tanda tanya dan kekecewaan di kalangan para pengguna ASTRO yang sentiasa bersandarkan siaran daripada ASTRO untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antarabangsa termasuk pertandingan Champions League.

Menerusi laporan Semuanya Bola, berdasarkan komen di media sosial milik ASTRO, syarikat berkenaan masih belum memperolehi hak penyiaran untuk pertandingan berprestig tersebut.

Para pengguna yang gusar telah bertanya hal ini kepada pihak ASTRO, adakah benar bahawa ASTRO tidak menyiarkan pertandingan berkenaan. Menjawab persoalan berkenaan, ASTRO mengatakan mereka tidak akan menyiarkan Champions League.

Ini antara soalan nya

Pengguna: “NO UCL LIVE ON ASTRO?”
Astro: “Hi, Astro is negotiating to obtain the broadcast rights in Malaysia for UEFA Champions League from the rights owner. We seek your understanding and patience in this matter. We will keep you updated on the latest developments.”

Pengguna: “Are you showing @ChampionsLeague this season?”
Stadium Astro: “Sorry, nope.”

Sementara itu, menerusi satu mesej yang diperolehi oleh Semuanya Bola, Stadium Astro turut menjelaskan mengapa Astro tidak akan menyiarkan perlawanan UEFA Champions League pada musim ini.

Stadium Astro menjelaskan harga bidaan untuk hak penyiaran Champions League dikatakan terlalu mahal. Ianya juga tak sesuai untuk dilakukan, mengambil kira keadaan ekonomi semasa di dalam negara.

Stadium Astro turut membayangkan kenaikkan harga kepada pakej semasa turut terpaksa diambil sekiranya bidaan tersebut diperolehi untuk menampung kos semasa syarikat.

Tak lama kemudian, Stadium ASTRO menulis satu kenyataan baru mengatakan pihaknya masih berusaha untuk mendapatkan hak penyiaran.

Ini update terkini:

“Hi all, we apologise for an earlier post on the UEFA Champions League’s broadcasting rights. The negotiations have taken longer than expected as there are multiple parties we need to speak to. Rest assured that we will try to get an agreement before kick-off. We will provide an update on the outcome very soon. Thank you.”

jadi kaalu dilihat dari penjelasan terbaru ini, mungkin masih ada harapan lagi untuk menonton Champions League yang bermula pada minggu ini.

Ini bukan kali pertama Astro tidak menyiarkan perlawanan bola sepak secara langsung. Beberapa musim lalu, pertandingan Piala EFL, atau Piala Carabao di England turut dihentikan penyiarannya. Begitu juga pertandingan Serie A di Itali yang mana rakyat Malaysia tidak dapat melihat aksi Cristiano Ronaldo di Juventus.

UEFA Champions League dianggap sebagai kejohanan terbesar untuk peminat bola sepak di serata dunia kerana menampilkan semua pasukan yang hebat dan naam besar di Eropah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here