“Ini pertandingan, tak adil bagi peserta lain” – Farahdhiya

Pada minggu kelima konsert Gegar Vaganza musim kelima (GV5) yang berlangsung semalam, penyanyi Zamani dari kumpulan Slam telah diselamatkan daripada penyingkiran.

Ini apabila penaja utama program tersebut iaitu Datuk Seri Aliff Syukri menggunakan imuniti untuk mengekalkan Zamani pada minggu depan setelah Zamani tidak dapat menyanyi.

Naun keputusan ini telah menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Rata-rata orang ramai dan juga para netizen bersetuju Aliff Syukri yang menggunakan imuniti untuk membolehkan Zamani terus bertanding selepas mengalami masalah peti suara pada malam itu.

Tetapi ada juga yang tak setuju kerana mengatakan ini adalah satu pertandingan. Antaranya ialah penyanyi Farahdhiya yang juga bekas peserta dan naib juara Gegar Vaganza.

penyanyi ini tidak bersetuju dan menganggap ia tidak adil bagi peserta lain yang telah membuat persembahan terbaik.

Farahdhiya membalas komen netizen di laman sosial.

“Tapi ini adalah pertandingan, ia tidak adil kepada peserta yang lain melakukan persembahan dengan baik. Seseorang mesti dikeluarkan sebab ini pertandingan. Mereka perlu berlaku adil kepada peserta yang melakukan yang terbaik”

“But it’s a competition,it wouldn’t be fair for the others yg performed better. Yes,someone has to go coz it’s a competition,they have to be fair to the others who performed better.”

Farahdhiya menuls komen berkenaan selepas seorang netizen di laman Twitter memuat naik status mengharapkan tiada penyingkiran pada konsert itu. Namun, Farahdhiya turut memahami apa yang dilalui Zamani memandangkan dia juga pernah mengalami masalah kehilangan suara ketika menyertai GV musim kedua.

Menurutnya, dia pernah meluahkan rasa ingin berhenti daripada meneruskan persembahan namun juri tetap, Datuk Ramli MS tidak membenarkannya.

Faradhiya juga mendoakan agar Zamani cepat sembuh daripada penyakitnya dan memuji keberanian penyanyi itu tampil di pentas biarpun tidak dapat membuat persembahan.

Sementara itu, ada netizen mempersoalkan semula rezeki Farahdhiya yang berjaya ke peringkat akhir GV musim kedua biarpun pada minggu separuh akhir itu dia tidak melakukan persembahan dengan baik disebabkan tidak sihat.

Menurutnya, keadaan kesihatannya ketika itu bukan dibuat-buat dan sudah menjadi rezeki apabila juri profesional memilihnya untuk ke peringkat seterusnya.

“Sakit betul dan alasan adalah dua benda yang berbeza ya. Saya sakit bukan dibuat-buat. Dan saya berada tangga kedua di bawah tapi rezeki juri pilih untuk ke peringkat akhir.

“Jadi, jangan persoalkan rezeki orang, jangan ada busuk hati. Untuk pengetahuan anda, di GV ada juri profesional yang menilai dari semua segi”

Itulah komen dari Farahdhiya tentang hal ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here