Ini Punca Kenapa Sharnaaz Ahmad Pilih Nama ‘Jebat’ Untuk Anaknya

Pelakon popular Sharnaaz Ahamd baru sahaja bergelar bapa apabila dikurniakan cahaya mata lelaki baru-baru ini. Isterinya yang juga kakak kepada Neelofa iaitu Nabila telah selamat melahirkan bayi comel pada 30 Ogos yang lalu.

Anak sulung Sharnaaz ini diberi nama Jebat Jayden Ahmad. Memang sedap nama tu. Ramai juga tertanya-tanya kenapa Sharnaaz Ahmad pilih nama Jebat buat anaknya itu. Ini komen dan penjelasan dari Sharnaaz.

Kata pelakon berumur 33 tahun ini, dia memilih nama berkenaan kerana tertarik dengan sejarah dan kehebatan pahlawan Melayu Melaka bernama Hang Jebat. hang Jebat merupakan antara lima bersaudara yang popular di sejarah pahlawan Melaka.

“Sebenarnya nama itu tak ada maksud apa pun, yang ada maksud Ahmad sahaja. Saya meminati sejarah Melayu dan tertarik dengan kehebatan pahlawan Melayu iaitu Hang Tuah dan Hang Jebat.

“Daripada muda lagi saya memang minat nama Jebat, sampaikan berlakon pun bawa watak Jebat, jadi itu fasal dapat anak pun diberi nama Jebat. Jayden pula pilihan Nabilah, saya ikut sahajalah sebab nama pertama saya dah pilih”

“Sebelum kahwin lagi saya dah beritahu Nabila mahu pilih nama anak jika anak sulung kami adalah lelaki… itu memang hajat saya! Lepas ini kalau tambah anak kedua, ketiga dan seterusnya terpulanglah kepada dia untuk bagi nama apa pula”

Sharnaaz berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan akhir drama bersiri Bukan Cinta Kristal di Damansara Performing Arts Center (DPAC), Petaling Jaya. Drama ini merupakan lakonannya bersama Ayda Jebat dan juga Nina Iskandar.

Ditanya jumlah cahaya mata yang diingini, Sharnaaz meletakkan soal tersebut kepada rezeki. Bagaimanapun, Sharnaaz ada memberitahu bahawa Nabila penah meletakkan impian untuk memiliki lima cahaya mata.

Untuk pengetahuan, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila bernikah pada 31 Mac tahun lalu di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here