Ini reaksi Hanis Zalikha apabila Hairul Azreen didakwa buat video tak hormatinya

0
6356

Hanis Zalikha ketika diminta memberikan reaksi tentang satu video yang menjadi viral dari suaminya Hairul Azreen.

Pelakon ini berkata, dia melihatnya sebagai gurauan ringan daripada suaminya dan sebenarnya langsung tak rasa sensitif dengan video berkenaan.

Bagi Hanis Zalikha, suaminya itu komited menjaga anak mereka walaupun menyebut mahu menambah anak melalui video tersebut.

Ini komennya:

“Itu hanya gurau suami isteri. Tak sensitif pun. 

“Saya rasa biasa je, tak tahu pula ada reaksi lain sebab kalau lihat di Instagram Hairul pun semua komen kelakar-kelakar je.

“Bila ada reaksi lain, saya hanya menerimanya. Ada orang rasa kelakar, ada rasa tak kelakar. Saya tidak rasa ia sensitif kerana saya kenal dia macam mana”

“Saya tahu dia sebut tu dengan kasih sayang. Mungkin kalau dia jenis cakap je, tapi tak tahu jaga anak, mungkin benda tu jadi sensitif. Saya rasa dia rindu dan nak hiburkan saya dari jauh,”

“Tapi saya rasa itu satu benda yang lucu sebab saya tahu dia (Hairul) seorang yang komited, dia cakap dengan kasih sayang dan dia mahukan keluarga yang besar,”

Kata Hanis lagi, setiap individu mempunyai pandangan berbeza terhadap video berdurasi 19 saat itu.

Apa yang penting Hanis Zalikha akui amat terhibur dengan video tersebut.

Itulah komen dari Hanis Zalikha yang bakal melahirkan bayi keduanya akhir Mei depan.

Pasangan ini mempunyai seorang anak bernama Yusof Iskandar.

Sumber: Media Hiburan / mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here