Ini respon balas Sufian Suhaimi kepada tweet Elfira Loy

Sufian Suhaimi, saya doakan awak menang hari ini. Semoga dengan kemenangan awak, ‘derita’ dan penceritaan awak akan habis,” – Itulah tulisan dari Elfira Loy di laman Twitter miliknya selepas Sufian Suhaimi membuat persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu 33 semalam.

Apabila tweet dari Elfira Loy itu menjadi viral, ramai nak tahu apa reaksi dari Sufian Suhaimi.

Melihat tweet berkenaan, Sufian Suhaimi hanya berterima kasih kepada bekas tunangnya Elfira Loy berhubung doa artis itu agar kemenangannya di AJL33.

Sufian berkata, dia taklihat sebarang perkara negatif terhadap status yang dimuat naik di Twitter itu malah menganggap niat Elfira adalah baik.

Ini komennya:

“Terima kasih kerana mendoakan yang baik-baik. Pada saya niat itu baik… Tiada apa yang silap pun dalam twit tersebut,”

Tambah Sufian Suhaimi lagi, dia tak mahu terus memberi perhatian kepada perkara negatif sebaliknya mahu kekal positif dalam hal berkenaan.

“Isu tweet sindir, komen negatif pada saya ia perkara remeh dan ia tidak menjadi perhatian saya.

“Sebenarnya masih banyak komen positif dan itu lebih menarik perhatian saya,”

Di pentas AJL33, Sufian Suhaimi telah dipilih sebagai pemenang Persembahan Terbaik menerusi lagu Di Matamu yang mana memukai ramai penonton menerusi persembahannya yang telah menyentuh hati.

Yang lebih menjadi perhatian adalah pelakon yang ditonjolkan di atas pentas berkenaan mirip seakan-akan pelamin persandingan milik Elfiran ketika pernikahannya 1 Januari lalu.

Bercerita lanjut tentang dakwaan persamaan prop digunakan serupa dengan pelamin Elfira, Sufian menjelaskan dia sendiri tidak mengetahui tentang hal itu kerana tidak pernah memberi fokus kepada rekaan pelamin orang lain.

Katanya, pelamin itu hanyalah elemen kejutan kerana ada dua perkara lain yang ingin ditonjolkan iaitu lampu chandelier dan kain putih yang digunakan.

“Saya jujurnya baru tengok pelamin itu pada sesi latihan… bukan hobi saya untuk lihat pelamin orang lain.

“Apa-apa pun itu bukan niat saya… Saya letak chandelier itu sebagai melambangkan situasi saya yang terperangkap dan akhirnya bebas.

“Kain putih pula melambangkan permulaan baru dan pelamin itu elemen kejutan,”

Dalam pada itu, Sufian menjelaskan persembahan itu tidak ditujukan kepada mana-mana pihak dan memohon maaf sekiranya ada yang terasa hati.

Sufian turut menyangkal dia mengambil kesempatan atas kisahnya dengan Elfira dan cuba memalukan aktres itu.

“Saya tidak cuba serang sesiapa… Mana-mana pihak yang terasa hati saya mohon maaf.

“Ini memang lagu sedih dan berkaitan dengan putus cinta… Bukan saya seorang sahaja yang pernah mengalami putus cinta, jadi saya cuba menyampaikan sebaik mungkin.

Sufian Suhaimi sebelum ini pernah bertunang dengan Elfira Loy pada 6 Oktober 2017 namun ianya telah berakhir pada 18 Februari 2018.

Elfira Loy kemudian telah bernikah dengan ahli perniagaan Muhamad Faris pada Januari lalu.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here