Ini respon Ruby Che Wan, isteri kepada Lan Pet Pet

0
18485

Nampaknya kes seorang pelawak popular telah membelasah seorang pengawal keselamatan sehingga cedera masih lagi menjadi bualan ramai. Sehingga kini masih belum ada yang menulsi siapakah orangnya.

Rata-rata netizen mengecam tindakan pelawak bereknaan kerana sanggup melakukan perkara seperti itu kepada seorang lelaki warga emas.

Ekoran isu tersebut, isteri kepada pelawak, Lan Pet Pet iaitu Ruby Che Wan turut menjadi mangsa serangan netizen apabila akaun Instagramnya penuh dengan komen yang meminta wanita itu menasihati suaminya agar berubah dan belajar menghormati mereka yang lebih tua.

Oleh itu Ruby kini telah private kan IG miliknya selain menulis satu luahan hati.

Ruby Che Wan memuat naik caption gambar menerusi akaun Instagram miliknya memberitahu dia memaafkan netizen yang melemparkan kecaman kepada mereka. Katanya lagi, setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Ini tulis Ruby Che Wan:

“Setiap kecaman dan celaan, saya maafkan,”

“Pandangan mata zahir manusia mungkin nampak buruk. Pandangan dengan hikmah akan berikan kita rasa tenang dan terima setiap apa yang Allah takdirkan itu dengan reda.

“Kerana setiap kejadian buruk ada kebaikan di sebaliknya. Insya-Allah, saya maafkan ‘in advance’, kerana kita semua manusia tidak sempurna.”

“Tidurlah setiap malam dalam keadaan tanpa dendam dan rasa sakit hati. Amalkan sebelum tidur setiap hari. Ringan bukan bermakna mudah dilakukan namun perlu dalam sesuatu keadaan.

“Sambil baring saja boleh memaafkan sesiapa saja. Insya-Allah, syurga menanti. Fadilatnya sudah dibuktikan oleh sahabat Nabi.”

Sebelum ini menjadi viral di media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki yang dikatakan pelawak terkenal bertengkar dengan seorang pengawal keselamatan sebelum bertindak memukul, menendang serta membaling batu.

Kes ini sedang dalam siasatan pihak polis.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here