Ini Senarai Penuh Peserta Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018)

0
10221

Program realiti pertandingan komedi yang amat popular di Malaysia iaitu Maharaja Lawak Mega (MLM) telah kembali untuk musim baru iaitu MLM2018. Kali ini MLM2018 menemui penonton dengan memperlihatkan seramai 14 peserta bakal berentap untuk merebut gelaran juara pada tahun ini.

Dari 14 peserta berkenaan, kali ini 2 peserta solo bertanding, 4 kumpulan duo manakala 8 kumpulan beraksi secara trio.

Peserta solo terdiri daripada Dany Beler dan Hilmy Ashley disaingi peserta duo dari kumpulan Taman, Shiro, Puteh dan 2B. Kumpulan peserta trio yang bertanding pula adalah Bocey, Abata, Joras, Kiut, Masin, Abioso, Zero dan Chilok.

Ini senarai peserta:

-Dany Beler
-Hilmy Ashley
-Taman (Tauke dan Man Raja Lawak)
-Shiro (Ajak dan Shahrol)
-Puteh (Ali dan Mamak)
-2B (Man dan Weera)
-Bocey (Abam, Achey dan Fad)
-Abata (Wannawala, Alham dan Ilham)
-Joras (Joey, Rahim dan Ropie)
-Kiut (Shendo, Niezam dan Tapai)
-Masin (Mamat Bora, Vicha dan Jiggy)
-Abioso (Ami, Mamad dan Sarip)
-Zero (Atu, Syaiful dan Sharif)
-Chilok (Achok, Kamal Sumbu, Chiwan).

Rancangan Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) kali ini menyaksikan kehadiran peserta baru iaitu kumpulan Kiut, Abata dan 2B yang merupakan finalis program realiti Gegar Lawak.

Kumpulan Bocey masih lagi berentap untuk musim ini walaupun sudah dua tahun menjadi juara iaitu pada tahun 2016 dan juga tahun 2017. Pelawak popular seperti Sepahtu, Nabil dan juga Jozan tidak menyertai pertandingan pada tahun ini.

Dalam cabaran setiap minggu, peserta akan berdepan tema persembahan berbeza iaitu percutian, duit, muzikal, loghat dan dialek, dikir barat, parodi, kenangan, mata pelajaran sekolah dan pelbagai lagi.

Pengaracara yang cukup sinonim dengan rancangan ini iaitu Datuk AC Mizal masih lagi dikekalkan menjadi pengacara. Namun begitu, tiga juri tetap yang akan mengadili peserta masih lagi belum diumumkan.

Rancangan ini yang akan disiarkan secara langsung selama 12 minggu bermula pada 2 November jam 10 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan ‘on demand’.

Okey, siapa peserta pilihan kalian. Jangan lupa layan nanti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here