Isteri Umur 15 Tahun Hilang.. Kes Ini Jadi Viral

Telah viral di laman media sosial apabila satu kisah tentang seorang suami yang merayu orang ramai untuk membantunya mencari isterinya yang hilang sekaligus mendapat perhatian netizen.

Menurut suami mangsa, dia dan isteri baru sahaja bernikah 2 bulan yang lalu dan yang menjadi perhatian adalah umur isterinya yang baru 15 tahun. Kedua-dua mereka berasal dari Kelantan.

Suami mangsa bernama Mat Sharipudin Hussin berusia 30 tahun manakala, isterinya bernama Che Aida Syafika Che Rahim.

Kejadian ini berlaku apabila isterinya hilang selepas turun di stesen kereta api untuk ke tandas. Mereka berdua dikatakan dalam perjalanan dari Tumpat ke Gua Musang ketika bercuti bersama keluarga di Kampung Laut Tumpat.

Ketika kereta api berhenti di stesen Pasir Mas untuk mengambil penumpang, wanita tersebut telah turun untuk ke tandas. Pun begitu, sehingga kereta api bergerak, dia masih tidak muncul.

Pencarian mereka menemui jalan buntu apabila isteri yang dicari tidak dapat dikesan. Sehingga hari ini, hampir 5 hari, wanita terbabit masih tak dapat ditemui dan tak diketahui di mana berada.

Walau bagaimanapun, jika ada orang ramai yang terjumpa dengan wanita ini boleh menghubungi talian 011-1796 2330 atau 017-9044 391 untuk berkongsi maklumat.

Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here