“It’s not normal, it’s not right” Ummi Nazeera berpendapat buka balik tudung bukan perkara normal

Di Malaysia ketika ini, ramai yang dah sedia maklum, ada beberapa orang selebriti yang menjadi perhatian ramai mengambil keputusan untuk tidak lagi memakai tudung selepas beberapa tahun berhijrah untuk membawakan penampilan seorang wanita bertudung.

Perkara ini nampaknya semakin ramai dan fenomena itu menarik pandangan dari pelbagai pihak. Kali ini pelakon Ummi Nazeera turut memberikan pandangan peribadinya tentang trend selebriti mahu pun orang biasa yang kembali tidak bertudung dengan alasan belum bersedia.

Pandangan Ummi Nazeera ini dibuat menerusi satu temubual bersama Zayan.
Ini komen Ummi Nazeera:

“Saya rasa itu tidak normal! Apa yang terjadi sejak kebelakangan ini saya berharap masyarakat tidak menerima perkara itu sebagai sesuatu yang normal”

“Apabila anda sudah bersedia, anda pakai tudung. Tetapi apabila anda tidak bersedia kemudian pakai tudung dan buka balik itu tidak normal. Tidak kiralah artis atau orang biasa,”

“Risau juga itu pengakhiran saya nanti. Mungkin sekarang ini saya bertudung, tetapi pengakhirannya saya tidak pakai tudung? Sama juga sebaliknya”

“Oleh itu saya doakan supaya mereka jumpa semula jalan itu. Iman turun naik itu normal tetapi Allah sangat sayangkan orang yang masih ingatkan dia. Apabila kita terlupa kita pusing balik,”

Ini videonya;

Itulah komen dari ummi Nazeera yang mendapat pujian ramai dan netizen bersetuju dengannya.

Sumber: Zayan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here