“Jangan menidakkan kaum Adam sebagai ketuamu” – Sharnaaz Ahmad

Rumah tangga pasangan yang agak popular iaitu pelakon Sharnaaz Ahmad dan isteri, Noor Nabila (Kakak kepada Neelofa) sejak kebelakangan ini telah cetuskan pelbagai tanda tanya di kalangan netizen terutama para follower mereka.

Ramai yang mula buat andaian dan beranggapan bahawa rumah tangga pasangan ini masih lagi bergolak ekoran posting dan luahan perasaan di Instagram pasangan ini.

Menerusi nota yang ditinggalkan Sharnaaz Ahmad yang dibuat khas sempena Hari Wanita baru-baru ini, ianya terus menimbulkan spekulasi tentang kisah rumah tangganya.

Namun begitu, nota pesanan ringkas dari Sharnaaz Ahmad diliat ditujukan kepada umum dan tidak menulis khas buat sesiapapun.

Ianya nasihat umum buat semua terutamanya kaum hawa dan juga adam dalam berumah tangga.

Ini pesanan dari Sharnaaz Ahmad:

“Nota buat wanita sempena hari wanita. Anda adalah wanita yang hebat disanjungi, berkerjaya, hebat, jelita dan tidak disangkal lagi mampu mengoncang dunia.

“Kehebatan anda tiada tolok bandingnya. Anda adalah ibu dan isteri kami kaum Adam. Tanpa anda dunia ini tiada tangisan sang bayi menyambung cerita.

“Anda mampu bina hidup anda sendiri. Namun, janganlah anda lupa bahawa kewujudan Hawa dimuka bumi ini adalah untuk saling memerlukan kaum Adam.

“Jangan sesekali menidakkan kaum Adam sebagai ketuamu, jika sekali anda beragama Islam terimalah nota ini.

“Kita saling memerlukan di dunia ini, jika kaum Hawa cuba menindas dan menindakkan kaum Adam, sesungguhnya anda tau apa yang akan terjadi kelak. Jika anda Islam terima, jika bukan abaikan.

“Sekali ku berpijak, ku tahan kesetiaan walau hilang nyawa. Tapi sekali aku melangkah, cilaka jasad tak mungkin aku berpaling…

Ini antara foto dari laman IG stories milik Sharnaaz:

Sumber: IG Sharnaaz Ahmad

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here