Jho Low Beli Ferrari Untuk Hadiahkan Kim Kardashian

Ahli perniagaan yang sedang diburu kerajaan Maaysia iaitu Jho Low kembali menjadi bualan hangat apabila ada dakwaan mengatakan beliau telah membeli kereta mewah Ferrari berwarna putih untuk bintang realiti TV, Kim Kardashian. Hadiah ini diberikan kepada Kim kardashian pada 2011.

Menurut satu laporan dari laman portal Page Six, Kim Kardashian menerima hadiah berkenaan dari Jho Low sebagai hadiah perkahwinannya dengan Kris Humphries pada tahun 2011. Selepas bercerai, Kim Kardashian dan Kris Humphries dilaporkan berebut untuk memiliki kereta yang dianggarkan berharga AS325,000 (RM1.35 juta) itu.

Menurut Page Six lagi, bulan lalu Kardashian dilihat tiba utnuk makan malam di Miami dengan menaiki Ferrari berwarna putih, namun pegumannya tidak mendedahkan sama ada dia masih memandu kereta berkenaan ketika ini.

Laporan itu juga mendedahkan tetamu majlis perkahwinan yang hadir ketika itu hanya dikenali sebagai ahli pernigaan Malaysia. Sumber kepada portal atas talian itu menambah penderma adalah Jho Low.

Ini antara laporan dari Page Six (terjemah oleh mStar)

“Jabatan Kehakiman mengekori selebriti lain yang menerima hadiah daripada Jho Low. Pelakon hebat Leo DiCaprio menyerahkan lukisan Picasso dan Basquiat. manakala Miranda Kerr dengan perhiasan berlian $8 juta (RM33.16 juta).

“Tetapi ramai banyak selebriti lain terlibat, termasuk Swizz Beatz, Pras Michél dan Nicole Scherzinger”

Dilaporkan bahawa pihak polis telah memfailkan tuduhan jenayah terhadap Jho Low dan juga bapanya Tan Sri Low Hock Peng yang didakwa mencuri daripada 1MDB.

Tuduhan penggubahan wang haram itu dibuat terhadap Low dan bapanya secara ‘in absentia’ (tanpa kehadiran pihak tertuduh atau wakil/ peguamnya) olehpolis di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Peguam Negara.

Pihak berkuasa masih mencari Jho Low yang dipercayai bersembunyi di negara China.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here