“Jika perpisahan jadi jalan terakhir untuk perkahwinan kami, saya akur dan reda” – Bella Astillah

Bella Astillah nampaknya sudah akur dan redha jika perkahwinan bersama Aliff Aziz berakhir dengan perpisahan.

Reaksi oleh Bella Astillah itu diungkapkan melalui satu laporan BH Online apabila ditanya tentang isu rumah tangganya ekoran pendedahan Aliff Aziz jalin hubungan dan pergi ke kelab malam bersama pelakon lain.

Kali ini nama pelakon yang dikaitkan ialah Octovia Manrose.

Ini komen Bella Astillah:

INGATKAN DAH BERUBAH

“Saya tak sangka dia akan buat hal lagi. Ingatkan, dia sudah berubah. Kali ini, dengan pelakon juga.

“Saya sudah tidak mampu untuk berselindung. Sebab itu juga saya memilih untuk berkongsi cerita ini di Instagram. Sebelum ini, saya maafkan dirinya dan memberikannya peluang. Namun, nampaknya dia tidak menggunakan peluang itu sebaik mungkin.

SILAP SAYA TERLALU SAYANG

“Selepas ini, saya perlu berbincang dengan keluarga kerana apa sahaja keputusan mengenai rumah tangga kami, ia tetap membabitkan banyak hati. Silap saya sendiri sebab terlalu sayang, cinta dan menjaga nama serta keperluannya. Akhirnya, saya juga yang makan hati.

“Lima tahun kami saling mengenali dan usia perkahwinan kami juga memasuki tahun ketiga. Nampaknya, tempoh itu belum cukup untuk saya benar-benar mengenalinya. Dia masih tak serik.

“Ikutkan, banyak lagi kisah seumpama ini yang saya pendam dan tidak kongsi bersama umum. Sudah banyak juga peluang diberikan dan dia masih bersikap acuh tak acuh,”

BERLAKU DI SET PENGGAMBARAN

“Kira-kira seminggu lalu, dia dan Aliff terbabit sebagai teraju utama telefilem, Dosa Itu Bukan Miliknya, di Perak. Awalnya, saya tak syak ada apa-apa antara mereka. Tak sangka, mereka sempat bermain perasaan dalam tempoh yang pendek ketika menjayakan telefilem berkenaan.

SIKAP ALIFF BERUBAH

“Cuma, saya yang menemani Aliff di sana mula syak apabila melihat perubahan sikapnya pada hari terakhir penggambaran. Aliff seperti tak fokus, emosi tidak stabil dan banyak berdiam diri.

“Pada 16 Februari lalu yang juga hari lahirnya, sewaktu kami bergerak pulang ke ibu kota pun, dia melayan lagu ‘rentan’. Saya yang memandu kereta dengan ditemani anak, Ayden, juga perasan seperti ada yang tak kena dengannya. Situasi itu mengingatkan saya ketika dia dikaitkan dengan Afifah. Saat itu, dia gemar mendengar lagu ‘jiwang’,”

Sebelum ini, Aliff Aziz menjadi bualan apabila pernah kantoi ke pusat karaoke sekaligus membuat hati isterinya terguris. Kejadia berlaku pada Julai 2017. Ketika itu, nama Afifah Nasir dikaitkan.

Diimbas kembali, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan mempunyai seorang anak lelaki, Ayden Adrean.

Sumber: BHarian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here