“Jumpa mummy di syurga”- Ini Luahan Afdlin Shauki Setelah Ibunya Meninggal Dunia

Selebriti terkenal Datuk Afdlin Shauki telah mengumumkan berita yang amat sedih buat dirinya sekeluarga. Ini apabila ibu tercinta Afdlin Shauki disahkan telah meninggal dunia kira-kira pukul 5.56 petang semalam.

Menerusi laman sosial Instagramnya, Afdlin Shauki membuat oengumuman tersebut dan memaklumkan ibunya bernama Fadzilah Jelani telah pergi buat selamanya menghadap Ilahi di Institut Jantung Negara selepas beberapa kali menjalani pembedahan pintasan jantung.

“Dukacita dimaklumkan bahawa ibu tersayang kami Puan Fadzilah Jelani telah kembali ke rahmatullah pada hari ini Isnin 15/10/2018, pukul 5.56 petang di IJN, KL. Sama-sama kita doakan agar rohnya dirahmati dan ditempatkan dengan golongan orang yang beriman. Jumpa mummy di syurga ya…”

Lebih membuat ramai berasa pilu apabila Afdlin Shauki telah memuat naik sekeping gambar kenangan bersama ibunya.

Ini pula ucapan khas dari Afdlin buat arwah ibunya:

“Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. AlFatihah”

Khabar mendukacitakan itu mendapat ucapan takziah daripada rakan-rakan artis antaranya Lisa Surihani, Tiara Jacquelina, Harith Iskander, Liyana Jasmay, Daphne Iking, Fatimah Abu Bakar dan ramai lagi.

Sama-sama kita doakan roh ibu Afdlin Shauki ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-fatihah.

Sumber: Ig Afdlin Shauki / Astro Gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here