“Kalau bekas isteri sayangkan saya, dia tak buat saya macam ni” – Pu Abu Sufyan

0
77453

Kes perkahwinan yang melanda ustaz selebriti iaitu Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan dan bekas isterinya, Ain Afini terus mejadi perhatian orang ramai.

Memang ada banyak pihak yang dan para netizen yang mula membuat pelbagai tuduhan dan spekulasi.

kalau dilihat, ramai yang mula menghentam dan mengkritik PU Abu Sufyan dan isteri barunya dalam hal ini, apatah lagi ramai yang berang dan kecewa kerana PU Abu menceraikan bekas isteri tatkala dia sedang sarat mengandung.

Selain telah menceraikan bekas isteri, Pu Abu dikatakan telahpun menikah dengan seorang wanita bernama ‘Hana Azraa’.

Akhirnya melalui laporan mStar yang menghubungi Pu Abu menerusi Whatsapp, sekali lagi PU Abu memberi respon.

Kata PU Abu Sufyan, maklumat yang dikongsikan bekas isterinya, Ain Afini di laman media sosial hanya sebahagian daripada situasi sebenar.

Jelasnya lagi, kontroversi yang melanda antara dia, bekas isteri dan isteri baru merupakan isu lama yang tidak diketahui umum.

Ternyata, PU Abu Sufyan benar-benar kecewa apabila bekas isterinya memilih untuk buka cerita dan aib keluarga di laman media sosial hingga jadi buah mulut masyarakat.

Ini komennya: (via mStar)

“Itu bukan cerita penuh. Saya cuma boleh cakap cerita bekas isteri saya tu bukan cerita sepenuhnya.

“Ia hanya sebahagian,”

“Kalau bekas isteri sayangkan saya, dia tak buat saya macam ni.

“Isu saya, bekas isteri dan Hana adalah isu lama,”

Sementara itu menerusi posting di Instagram, PU Abu turut mengakui kesilapan dan menyesali perbuatannya kerana menceraikan bekas isteri yang sedang hamil.

Menerusi posting yang sama, PU Abu berjanji untuk menyelesaikan masalah yang berlaku termasuk proses selanjutkan selepas talak dijatuhkan.

Ini komen Pu Abu di laman IG:

“Saya PU Abu memohon maaf di atas kesalahan saya menceraikan isteri ketika mengandung dan saya amat menyesali atas ketelanjuran yang saya lakukan.

“Saya meminta maaf kepada bekas isteri @ainafini dan keluarga kerana berlaku sikap tidak adil terhadap mereka.

“Moga saya mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang saya lakukan. Saya harap para netizen berhenti mengecam pihak yang tidak terlibat secara langsung ataupun tidak langsung,”

“Saya akan berbincang dengan pihak bekas isteri untuk hal yang seterusnya. Saya memohon maaf atas apa yang saya lakukan.

“Doakan agar semuanya dipermudahkan dan diselesaikan dengan cara baik,”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here