“Kalau boleh tutup sikit, tengah mengandung pula” Terlalu terdedah, Juliana Evans ditegur

0
9066

Beberapa keping gambar percutian telah dikongsikan oleh Juliana Evans d laman IGnya baru-baru ini. Juliana kini berada di Pulau Redang, Terengganu kerana bercuti dengan suaminya, kerabat diraja, Tengku Shariffudin Shah.

Namun begitu, makcik bawang dan para netizen memberi komen menegur Cik Puan Juliana Evans, seterusnya gambar itu jadi bahan kritikan orang ramai.

Ini gara-gara pelakon dan pengacara, Cik Puan Juliana Evans memuat naik gambar yang dikatakan kurang sopan dan terlalu terdedah buat tatapan umum. Apatah lagi kini pelakon berkenaan sedang hamil anak sulungnya.

Juliana Evans ada memuat naik beberapa keping foto percutiannya bersama suami di pulai yang cantik itu.

Mungkin tujuan Juliana memuat naik gambar tersebut hanya untuk berkongsi kegembiraan dan kebahagiaan yang dikecapi bersama suaminya namun lain pula jadinya.

Dari gambar yang dikongsikannya, Cik Puan Juliana Evans meluahkan rasa penghargaannya tentang perkara yang kini telah membuat dirinya begitu bahagia.

Ini tulis Juliana Evans:

“I just find myself happy with the simple things. Appreciating the blessings I’ve been given in life.

“Especially my husband, my family, my career, the people I surround myself with, my growing tummy and just everything,”

Namun di sebalik kegembiraan itu, ramai yang memberi komen tentang ketidaksesuaian pelakon itu memuat naik gambar tersebut.

Baca komen-komen dari netizen tentang cara pemakaian Juliana Evans ketika bercuti:

Sumber: IG Jue Evans / MHE TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here