“Kami memang diserang” – kata saksi yang juga rakan Adib

0
2761

Kecoh apabila ada dakwaan mengatakan bahawa anggota bomba bernama Adib dikatakan di langgar oleh jentera bukannya dipukul.

Namun perkara sebenar yang diceritakan oleh anggota dari Unit FRT, Mohd Hazim Mohd Rahimi, menjelaskan hal sebenar. Hazim yang berada di belakang jentera telah disangka sebagai Adib.

Ujarnya, bimbang akan keselamatan diri, dia terus berlari masuk ke dalam Jentera Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Ini kenyataan dari Hazim:

“Saya turun daripada jentera untuk mengambil hos di sebelah kiri, belum sempat berbuat apa kami telah diserang.

“Sebaik saya masuk ke dalam jentera saya terus menutup pintu. Ketika itu saya tidak tahu apa yang berlaku di luar,”

“Saya yang berada di belakang jentera berkenaan untuk mengeluarkan peralatan memadam kebakaran memandangkan saya berada paling dekat untuk mengeluarkannya.

“Kemudian saya ternampak perusuh datang ke arah saya dan saya terus melarikan diri ke arah EMRS dan disalah tafsir sebagai Adib, saya tidak dilanggar, saya panik dan tidak ingat apa-apa selepas itu,”

Sementaar itu, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohamad Hamdan Wahid juga telah menafikan dakwaan anggota bomba yang parah akibat diserang kumpulan perusuh di sekitar Kuil Maha Mariamman, telah dilanggar.

Katanya, lelaki yang dilihat berada di belakang jentera dalam rakaman video tular bukan Muhammad Adib Mohd sebaliknya adalah merupakan Mohd Hazim.

Ini kenyataan dari pihak Bomba:

“Dakwaan pihak kuil memaklumkan mangsa dilanggar adalah tidak benar sama sekali.

“Kita tidak pernah dimaklumkan mengenai perkara ini daripada anggota yang berada di lokasi kejadian. Jangan buat kenyataan yang tidak berasas,”

Itulah respon balas dari pihak bomba tentang isu ini.

Sumber -UTUSAN ONLINE-

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here