Keadaan terkini Farid Kamil dipenjara, ditempatkan di sel berkongsi bersama banduan lain

0
2889

Memegang title sebagai seorang selebriti popular bukanlah tiket untuk seseorang yang dihukum untuk mendapat layanan istimewa di penjara.

Itulah yang dilalui oleh pelakon Datuk Farid Kamil Zahari sepanjang menjalani hukuman penjara selama sembilan bulan di penjara Kajang, Selangor.

Pihak Penjara membuat kenyataan, setiap pesalah yang disabitkan hukuman penjara dilayan sama rata sebagai seorang banduan.

Ini kenyataan Penjara:

“Seperti banduan-banduan lain, Farid Kamil akan dilayan sama rata. Tiada istilah artis, orang kenamaan, berpangkat atau berjawatan besar diberikan layanan berbeza atau istimewa apabila mereka menjalani hukuman di penjara.

“Apabila disabitkan hukuman penjara, sesiapa pun adalah sama sebagai banduan dengan kesalahan dan tempoh hukuman yang berbeza,”

Itulah antara kata dari sumber Penjara mengenai Farid yang kini ditempatkan di penjara itu untuk menjalani hukuman.

Farid kini ditempatkan di Penjara Kajang selama seminggu untuk tempoh kuarantin sebagai sebahagian daripada prosedur.

Kemudiannya Farid Kamil akan dipindahkan ke Bahagian Rawatan dan Pemulihan (RPD) yang terletak di kawasan yang sama.

RPD merupakan program pemulihan dalam penjara terutama program komuniti terapeutik (TC) yang berkaitan penyalahgunaan bahan terlarang.

“Sama ada di Penjara Kajang atau RPD, Farid akan ditempatkan di sel berkongsi bersama banduan-banduan lain,”

Difahamkan, Farid akan memakai baju banduan berwarna merah bermaksud ia bagi penghuni penjara yang baharu menjalani hukuman untuk tempoh enam bulan dan ke atas.

Mereka perlu memakainya dalam tempoh tiga bulan dan mengikuti program pemulihan di mana perlu memenuhi kriteria untuk ke fasa seterusnya.

Farid Kamil juga dikatakan akan dicukur rambutnya sebagai sebahagian prosedur banduan menjalani hukuman.

Apapun, ramai peminat telah menulis ucapan doa buat Farid Kamil dan keluarga, agar terus kuat hadapi segala kesulitan berkenaan.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here