Kecoh apabila IG Makcik Puaka dikaitkan dengan Sharifah Shahirah, ini respon balasnya

0
2493

Sekarang dah ramai yang tahu tentang kes melibatkan satu IG (@makcik-puaka) dengan pelakon Datuk Fizz Fairuz. Ini bermula apabila Fizz naik aingin dan ingin menyaman akaun berkenaan kerana ada buat post yang boleh buat fitnah.

Sampai kini, pengendali akaun berkenaan tidak tampil berjumpa dengan Fizz Fairuz dan ramai tak tahu siapakah individu di sebalik akaun berkenaan.

Tak ada angin tiada ribut tiba-tiba muncul pula dakwaan individu di sebalik akaun Instagram viral @makcik_puaka adalah selebriti popular iaitu pelakon dan pengacara Sharifah Shahirah.

Melalui portal hiburan Gempak, Sharifah Shahirah telah ditanya tentang hal ini tentang dakwaan berkenaan, Sharifah Shahirah ada jawapannya sendiri.

Ini responnya:

“Oh bestnya! Saya sendiri ada dalam akaun Instagram Mak Cik Puaka itu macam mana pula boleh kata itu saya?

“Biasalah, lantaklah… Pahala lagi. Alhamdulillah.

“Kalaupun betul itu saya, takkanlah saya nak kutuk diri sendiri pasal kek masjid suatu masa dulu?

“Buat masa sekarang saya masih bekerja sebagai penyampai radio untuk Suria Petang bersama Tyzo.

“Mungkin orang panggil saya Mak Cik Puaka sebab mulut pot pet pot pet”

Sharifah Shahirah berkata sedemikian ketika ditemui pada acara karpet merah Anugerah MeleTOP 2019 di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.

Tuduhan itu timbul apabila ada dalam kalangan netizen yang mengaitkan saluran YouTube Mak Cik Puaka dengan kandungan vlog kebanyakannya dari Sharifah Shahirah.

Akaun Instagram Makcik Puaka itu menjadi buah mulut ramai apabila seringkali mendedahkan realiti kehidupan selebriti tempatan.

Yang paling panas adalah apabila akaun IG itu berdepan tindakan undang-undang apabila terpalit dengan dakwaan cubaan memfitnah Datuk Fizz Fairuz.

Melalui satu laporan,  Fizz memberitahu pihaknya telah mengenal pasti 70 peratus daripada identiti pemilik akaun berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here