Kecoh tentang PU Abu Sufyan cerai isteri sedang hamil demi janda… Nah baca respon dari PU Abu

0
5003

Sedang hangat di laman media sosial tentang peserta Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan yang dikatakan telah menceraikan isteri yang sedang hamil untuk seorang janda.

Nampaknya, Pu Abu telah tampil memberi respob balas tentang hal ini.

Dari laporan portal mStar, PU Abu Sufyan telah minta semua pihak bersabar dan memberi ruang untuk dia menjelaskan mengenai kontroversi rumah tangganya yang menjadi bualan hangat netizen.

Kata PU Abu atau Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, buat masa ini dia memilih untuk sekadar mengiakan semua pendedahan bekas isterinya, Ain Afini di media sosial.

Namun jawapan ringkas PU Abu yang ketika ini berada di Madinah itu membawa maksud dakwaan bekas isterinya bahawa dia diceraikan ketika sedang hamil tujuh bulan demi mengahwini seorang wanita berstatus janda beranak satu adalah benar.

Bagaimanapun tambah PU Abu, dia juga mempunyai ‘cerita’ tersendiri disebalik kemelut yang melanda rumah tangganya itu.

Ini respon awal dari Pu Abu tentang isu ini:

“Kenyataan Ain sudah menjawab,”

“Memang ada (penjelasan) daripada pihak saya. Saya ada cerita saya sendiri,”

Apabila telah ditanya tentang kenapa dia tergamak berbuat demikian ketika bekas isteri sarat mengandungkan zuriatnya sendiri, PU Abu berkata buat masa ini dia tak nak memperbesarkan hal berkenaan.

“Saya tak nak besarkan lagi. Kalau tidak… saya ni samalah dengan bekas isteri saya kan?”

Sebelum ini, bekas isteri PU Abu iaitu Ain Afini telah meluahkan perasaan di Instagram selepas dikatakan telah diceraikan pendakwah itu ketika sarat mengandung.

Ain Afini juga mendakwa ia berpunca daripada kehadiran orang ketiga yang juga merupakan seorang ibu tunggal beranak satu dikenali sebagai Hana Azraa.

Hasil semakan mStar di Facebook wanita berkenaan, dia juga merupakan usahawan kosmetik berasal dari Kedah.

Selain itu Ain Afini juga mendedahkan PU Abu pernah meminta kebenarannya untuk berpoligami selepas dua bulan mereka berkahwin.

Sementara itu, di laman FB, sebelum ini PU Abu dilihat ada beberapa kali meluahkan perasaan nya. Jom baca:

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here