“Kena batang hidung, boleh tahan juga dia meroyan” – Netizen kecam, ini respon balas Sharnaaz

Di laman media sosial, ada perkongsian status dari pelakon Sharnaaz Ahmad yang mengundang spekulasi berhubung keadaan rumah tangganya dan ini sekaligus menjadi topik perbincangan netizen di laman sosial sejak kebelakangan ini.

Segelintir netizen memberi kata-kata semangat sambil mendoakan agar hubungan Sharnaaz dan isteri, Noor Nabila Mohd Noor semoga sentiasa berada dalam keadaan baik, akan tetapi tidak kurang juga ada yang melemparkan kata-kata negatif kepada pelakon itu.

Sharnaaz Ahmad menerusi laman Twitter membalas beberapa komen yang dianggap keterlaluan dan menimbulkan fitnah mengenai rumah tangganya.

Katanya, setiap apa yang berlaku adalah satu ujian atas dosa silam yang tidak disedari.

Ada satu komen dari Twitter bernama Siapa Saloma yang membuatkan Sharnaaz Ahmad membalasnya.

Ini komen Twitter itu:

TheSiapaSaloma (@ynrdzwn); “Sharnaaz Ahmad ni dulu waktu Fattah frust dengan Lofa kemain la dia mengata back up adik beradik bini dia tu. Sekarang dh kena batang hidung boleh tahan jugak tengok dia meroyan kat igs. Siap nak keluaq buku puisi jugekkk”

Ini konen balas dari Sharnaaz Ahmad:

“Sabar, belum masa awak diuji… Nanti bila sampai jangan tanya kenapa aku diuji. Ini semua ada sebab, dosa silam kita tak nampak dan sedar, Allah bayar tunai. Sabar ye cik masa awak akan tiba nanti,”

Sharnaaz membalas sindiran dari akaun Twitter itu

Sementara itu, pada status lain, Sharnaaz turut menegur kenyataan seorang netizen yang menuduh dia sebagai lelaki berego tinggi.

Katanya, individu tersebut menulis perkara yang boleh mendatangkan fitnah tanpa memikirkan kesan buruk kepada diri sendiri dan orang lain.

Ini komen Sharnaaz lagi:

“InsyaAllah,walau beratus ribu diluar sana akan kenang aku sebagai seorang panas baran dan ego, namun yg mengenali aku secara depan akan mengenang aku dgn berbeza bila aku tiada nanti. Amin.”

“Banyak sungguh fitnah dan menjatuhkan terang terangan zaman sekarang.. cakap guna mulut dan jari sesuka hati.. tak takut ke ? Saja nak tau tu.. pernah dengar “Mati Mengejut” mintak dijauhkan dari semua sahabat sy di sini”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here