“Kena santau angin yang dikirim seorang wanita berbaju kurung dan bertudung” Pelakon kena santau

Pelakon drama Qazem Nor telah berkongsi satu cerita tentang sebuah artikel mengisahkan dirinya pernah disantau suatu ketika dahulu.

Kata Qazem, dia menyifatkan Allah Maha Mengetahui Segala-galanya tentang kes ini.

Ini tulisnya di IG:

Kwn aku kata… AMARAN.!!!
PADA YG KAKI MAK JEMAH TU BUAT2LAH INSAF YE… ALLAH MAHA SEGALANYA.

#kisahlama #peringatan #dosa #santauangin #Allahtau #allahuakbar #sedihtau #dahbaikdah #alhamdulillah

Ini fotonya:

Memetik laporan artikel tersebut, Qzaem Nor mula perasan akan perubahan diri apabila rambutnya gugur dan membuatkan dirinya hampir botak.

Malah Qazem Nor turut mengalami sakit kepala yang kronik.

Ini pendedahan oleh Qazem Nor: (via Media hiburan)

“Saya tidak kenal siapakah yang tergamak melakukan perbuatan ini sehinggalah saya bertemu seorang pengamal perubatan.

“Saya terkejut apabila diberitahu saya terkena santau angin yang dikirim seorang wanita berbaju kurung dan bertudung, berkemungkinan peminat saya” 

Tambahnya lagi, dia telah pun memohon maaf jika ada kesilapan yang dilakukan sehingga kena santau sebegitu.

Walaupun sudah sembuh daripada sakit misteri berkenaan, namun perkongsian ini hanyalah sekadar peringatan buat netizen di luar sana agar sentiasa ingat akan Allah Yang Maha Besar.

Sumber: Instagram Qazem Nor / Media Hiburan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here