Kenapa tak tegur perbuatan Fathia Latiff, ini jawapan Da’i Wan

Ekoran kisah panas yang melanda PU Abu yang telah menceraikan isterinya ketika sedang hamil, memang banyak yang meluahkan rasa marah terhadap pendakwah itu.

Dek kerana kes cerai ketika hamil, Da’i Wan ada mengulas tentang isu berkenaan dengan menjelaskan hukum hakam situasi berkenaan.

Namun, kenyataan Da’i Wan telah mengundang persoalan dan kemarahan netizen, dimana beliau menyatakan menceraikan isteri yang sedang hamil adalah ‘harus’ serta sah disisi Islam.

Umum mengetahui, Da’i Wan antara pendakwah yang sering memuat naik ‘surat terbuka’ kepada golongan artis. Baru-baru ini, kecoh isu mengenai Fathia Latiff yang membuat keputusan untuk membuka hijab.

Seperti biasa, ramai netizen yang telag ternanti-nanti apakah yang Da’i Wan akan tulis dan mungkin akan mengeluarkan surat terbuka tentang isu melanda Fathia Latiff. sampaikan ada juga yang tag dan tanya hal ini kepada Dai Wan.

Namun, ini respon yang diberikan oleh pendakwa itu dimana beliau memberitahu tiada lagi surat terbuka untuk artis dari pihaknya.

Menerusi Twitter, Da’i Wan meluahkan beliau sudah serik dengan sikap netizen. Katanya lagi, beliau akan memberi fokus untuk menjawab soalan berkaitan agama dan motivasi sahaja selepas ini.

Kerana itu, ada netizen mengatakan, tidak perlu meletakkan kesalahan kepada orang lain yang bertindak menviralkan memandangkan ianya adalah ‘surat terbuka’.

Ada juga yang memujuk Da’i Wan untuk terus berdakwah dan tidak mempedulikan kecaman dari para netizen. Kata netizen lagi, setiap kali Da’i Wan menegur golongan artis, sekaligus orang ramai juga akan turut terdidik sama.

Sekiranya nasihat itu adalah ada baiknya, kita akan ambil untuk memperbaiki diri kita. Tiada manusia yang sempurna dan tidak melakukan kesilapan. Apapun semoga golongan ustaz selebriti ini terus berdakwah demi agama dan kebaikan semua.

Sumber: Rotikaya / Twitter Dai Wan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here