Keracunan Minuman 19 Maut.. 14 Orang Masih Kritikal Sekitar Lembah Klang

0
7826

Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuat pengesahan seramai 19 orang sekitar Lembah Klang, maut apabila minum “minuman keras” yang mengandungi metanol, manakala 14 orang kritikal dan 9 orang lagi dimasukkan ke wad untuk pemerhatian.

Perkara ini disahkan menerusi kenyataan dari Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan sehingga jam 5 petang semalam, KKM menerima sebanyak 51 notifikasi kes keracunan di mana sebanyak 45 kes dilaporkan di Selangor, manakala enam kes dilaporkan di ibu negara.

Katanya, tiga kes membabitkan rakyat tempatan manakala selebihnya iaitu seramai 51 lagi membabitkan warga asing termasuk dari negara Myanmar, Nepal, Bangladesh dan India.

KKM menjangkakan jumlah pesakit akan meningkat berikutan terdapat ramai pesakit datang bagi mendapatkan rawatan bagi kes keracunan metanol berkenaan.

Kesemua mangsa menunjukkan tanda-tanda dan gejala keracunan metanol seperti sakit perut, loya, muntah, sakit kepala, kabur penglihatan dan ada yang mengalami sesak nafas, kekejangan dan tidak sedarkan diri.

Symptom dan tanda awal itu akan dialami dalam tempoh satu atau dua hari selepas mengambil minuman berkenaan.

Dari siasatan, kesemua pesakit membeli minuman sebatian keras di premis sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Laporan polis sudah dibuat oleh pihak KKM bagi mengenal pasti pengedar serta pengilang minuman itu termasuk mengenal pasti punca keracunan seterusnya menyekat pembekalan sebatian minuman keras yang tercemar itu di pasaran.

Pihak KKM akan mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan ke atas produk minuman beralkohol yang tidak mematuhi Akta Makanan 1983 serta yang tidak mematuhi keperluan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

KKM akan terus bekerjasama dengan polis serta agensi terbabit bagi mengawal serta memantau perkembangan situasi kejadian keracunan itu. Situasi terkini kejadian akan dimaklumkan kepada umum dari semasa ke semasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here