“Kesan cakar pada lengan dan paha.. Telinga saya berdarah” – Dia Fadila Akhirnya Buka Mulut

Naib juara musim kelima Gegar Vaganza (GV5) iaitu Dia Fadila akhirnya buka mulut mendakwa terkena gangguan yang berunsurkan mistik sepanjang bersaing di pentas program realiti itu.

Walaupun pada awalnya dia enggan percaya apa yang dialami, penyanyi ini mendedahkan beberapa kejadian pelik berlaku ke atas dirinya ketika menyertai GV5. Antaranya ialah kaki dicengkam selain calar pada bahagian paha dan lengan hingga menjejaskan tumpuannya ketika membuat persembahan.

Dia Fadila berkata lagi, oleh kerana terkena gangguan mistik itu dan telah mendapatkan rawatan alternatif daripada seorang ustaz.

“Sebelum ini, ada rakan artis berpesan agar saya mendapatkan pendinding bagi mengelak perkara tidak diingini.

“Bagaimanapun, ketika itu, saya tak berhasrat berbuat demikian kerana tidak percaya perkara seumpama itu akan berlaku, apatah lagi sedar diri ini tidaklah sepopular mana.

“Namun, pada minggu saya dikehendaki menyanyikan lagu tradisional, gangguan mula berlaku. Saya bukan sahaja hilang fokus, malah berlaku kecederaan fizikal apabila ada kesan cakar pada lengan dan paha. Telinga saya juga berdarah”

Yang paling mengerikan, kata Dia Fadila lagi, dirinya telah ‘diganggu’ ketika sedang menyanyi di pentas.

“Pernah berlaku kaki saya rasa seperti dicengkam dengan kuat hingga menyukarkan pergerakan. Kalau ada yang perasan, aksi saya menghentak kaki ketika menyanyi bukanlah gaya persembahan, sebaliknya saya berbuat demikian kerana tidak selesa dicengkam”

Tambah Dia Fadila lagi, dirinya hampir mengalah daripada meneruskan perjuangan di pentas GV5 kerana tidak tahan ‘diganggu’.

“Apabila saya menunjukkan foto bahagian tubuh yang ada kesan cakar kepada produksi, mereka terkejut. Pihak produksi beritahu selama ini mereka hanya mendengar cerita tanpa ada bukti. Lalu mereka menasihatkan saya mendapatkan rawatan”

Syukur Dia Fadila sudah berjaya harungi pertandingan berkenaan dan setelah tamat GV5, Dia Fadila sudah merancang perjalanan seninya dan ini termasuk menghasilkan single baru serta bercadang bekerjasama dengan Ernie Zakri untuk menganjurkan bengkel vokal bergerak.

“Siapa saja boleh sertai bengkel ini. Dengan sedikit ilmu dan pengalaman yang saya timba ketika menyertai GV5, saya mahu kongsi bersama. Manalah tahu ada artis lain yang mahu sertai GV6, boleh datang ke bengkel ini”

Dia Fadila diumumkan naib juara pada eisi kelima GV yang dimenangi Noryn Aziz manakala tempat ketiga dimenangi oleh Zamani.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here