Kesian tak ada orang tengok persembahan Asad kat MMU.. Ini penjelasan As’ad Motawh

0
53715

Selebriti remaja yang amat popular ketika ini iaitu As’ad Motawh dikatakan ada membuat persembahan namun tidak ada sambutan.

Penyanyi ini membuat satu persembahan nyanyian di sebuah universiti swasta di Cyberjaya pada Sabtu lalu tidak mendapat sambutan hampir tiada orang menontonnya.

Ini videonya:

Akhirnya As’ad Motawh tampil menjelaskan kenapa perkara ini berlaku.

As’ad Motawh mengatakan persembahannya amat hambar dan tiada orang disebabkan tiada sebarang promosi daripada pihaknya.

Penyanyi berumur 18 tahun berkata dia hanya dibayar untuk hadir membuat persembahan sahaja di acara berkenaan.

Ini penjelasan dari As’ad Motawh lagi:

“Ada perbezaan apabila acara yang membayar saya untuk membuat persembahan sahaja dan apabila acara membayar saya untuk muat naik dan beritahu semua orang yang saya akan datang.

“Saya tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan tawaran yang bergantung kepada pihak pengurusan.

“Kalau anda lihat saya muat naik poster acara di laman sosial, anda patut datang. Ia tidak pernah kosong”

As’ad Motawh memberi penjelasan tersebut bagi membalas tweet netizen di Twitter yang memuat naik foto keadaan tempat acara itu tiada penonton ketika dia membuat persembahan.

Netizen itu juga berpendapat bahawa tidak sepatutnya seorang artis itu melalui situasi tersebut dan As’ad perlu memberitahu peminatnya mengenai setiap acara yang dia sertai.

Ini tulis netizen:

“As’ad literally performed in front of empty crowd at MMU. Nasib baik tak stage dive kalau tak nanti nearly died”

Dalam pada itu, As’ada memberitahu dia menghormati pendapat tersebut namun beranggapan tidak semua artis boleh mengawal setiap apa yang bakal terjadi.

As’ad Motawh memberitahu dia berada dibawah syarikat pengurusan artis dan mempunyai kontrak yang tidak boleh dilanggari.

“Saya hormat pendapat awak. Tapi awak kena tahu ramai artis tidak mengawal kesemuanya seratus peratus. Sebab itu kami di bawah pengurusan.

“Kami ada kontrak. Dan kami tidak boleh menentangnya. Apa-apa pun, terima kasih kerana menjadi manusia yang rendah diri dan baik.

“Saya doakan yang terbaik untuk anda,”

Selain As’ad, acara tersebut turut dihiburkan dengan persembahan dari Estranged, Benzooloo, Sandra Dianne, Joanna and Co dan Pesawat.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here