“Kiblat melengkung ke? Muslim seluruh dunia hadap kiblat hanya berlaku kalau bumi datar” – Suhaimi Saad

Suhaimi Saad atau SS yang menggunakan Fb bernama MOSUS, sekali lagi mempersoalkan bentuk muka bumi.

Kali ini Suhaimi Saad berkata, Muslim di dunia ini hanya akan mengadap kiblat di Kaabah Mekah, hanya berlaku kalau Bumi ini dalam bentuk mendatar.

Ini status dari Suhaimi Saad tentang hal ini.

STATUS MOSUS

Kalaulah bumi ni macam telur burung,
Maka ramailah muslim yang akan solat tanpa mengadap ke Masjidil haram.

Kiblat itu sepatutnya lurus seperti dalam rajah.

Lalu bagaimana orang islam yang hidup di bawah dan tepi tepi bumi nak mengadap ka’abah? Guna kiblat melengkung ke apa?

Muslim di seluruh dunia mengadap kiblat hanya berlaku kalau bumi ini datar.

Mengadap kiblat adalah syarat sah solat.

Mohon hadam lumat lumat sebelum komen.

Sementara itu, Suhaimi Saad juga berpendapat, bumi ini tak berputar dan memberi contoh kapal terbang tak perlu tebang jika benar bumi ini berputar. Sebaliknya yag bergerak adalah bulan dan matahari.

Ini komen Suhaimi Saad tentang perkara ini.

STATUS KEDUA MOSUS

Ketika manusia percaya bahawa bumi mereka berputar dengan kelajuan yang dinyatakan oleh sains moden itu,

Berapa pula kelajuan pesawat yang mereka naiki untuk mengejar dan sampai ke destinasi?

Sepatutnya pesawat tidak perlu terbang jauh.
Hanya perlu terapung.
Bila destinasi tiba,
landing saja la
Kan lagi jimat minyak.

Lawak dan kebodohan mereka itu memang tidak dibuat buat.

Itu jelas menunjukkan bahawa bumi sebenarnya tidak berputar.
Yang berputar dan bergerak di atas paksi hanya bulan dan matahari.

Ini sesuai dengan Al quran dan hadis.

Allah bagi kita akal.
Gunakan.
Jangan hanya baca,percaya dan diperbodohkan sampai mati.

Sumber: FB MOSUS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here