Kisah Disebalik Gambar Viral Jururawat Dan Penoreh Getah

Kisah gambar pasangan jururawat dan seorang penoreh getah telah menjadi viral di laman media sosial tanah air semalam. Sebenarnya banyak info yang kurang pasti tentang foto yang menjadi viral ini.

Ada yang mengatakan ianya foto perkahwinan dan ada mengatakan ianya saja-saja je diambil sebegitu, ikut tema katanya. Namun ada beberapa fakta yang kalian perlu tahu tentang foto viral ini.

Foto ini diambil di Thailand dan diambil oleh seorang jurugambar. Sebenarnya pasangan ini belum berkahwin lagi. Ianya hanyalah Pre wedding sahaja iaitu gambar kenang-kenangan sebelum kahwin.

Sememangnya sudah menjadi trend untuk mengambil gambar pra perkahwinan atau pre wedding sebelum majlis perkahwinan sebenar berlangsung. Walaubagaimanapun, kreativiti dihasilkan oleh jurugambar itu memang amat cantik. Jurugambar itu bernama Yusree Yusohem.

Rata-rata netizen memuji foto ini yang memilih lokasi kebun getah dan mereka berdua hanya memakai pakaian seharian sahaja tanpa memerlukan kos pakaian yang amat mahal.

Untuk pengetahuan, sememangnya wanita berkenaan merupakan seorang jururawat terlatih pendek kata memang dia mempunyai ijazah sebagai registered nurse di Thailand. Bakal pengantin perempuan ini bernama Sunita Salaemae dan pasangannya iaitu bakal penganti lelaki bernama Adeelan Salae.

Tentang lelaki itu pula, dikatakan Adeelan Salae memang seorang yang sederhana dan bekerja di ladang. Ramai mengandaikan bahawa bakal pengantin lelaki itu berkemungkinan seorang penoreh getah, malah ucapan dari jurugambar turut mengatakan bahawa pekerjaan tidak dipandang dalam memilih pasangan hidup tetapi ianya adalah cinta dan menjaga satu sama lain.

Namun tiada langsung pengesahan bahawa si lelaki ini merupakan penoreh getah. Mungkin betul dan mungkin juga dia bukannya penoreh getah. Ianya masih jadi tanda tanya.

Ini ucapan jurugambar itu sekalgius menjadi viral: “The Pre-wedding is not needed to rent a expensive dress. The place of the palace is elegant, million, eight servants. I just want to take a picture with the work set that I love. Love doesn’t depend on career but depends on the care of each other

Netizen juga amat teruja dengan kisah ini dan meminta tidak memandang rendah kepada penoreh getah kerana ia adalah pekerjaan mulia selain mungkin individu itu memiliki tanah berekar-ekar.

Gambar kenangan itu berjaya meraih lebih 15 ribu tanda like dan juga share dari orang ramai.

Sumber: FB Yusree

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here