Ini komen cikgu tentang keadaan anak ketiga Edry Abdul Halim

Nama Edry Abdul Halim merupakan antara nama besar dalam industri muzik tanah air. banyak lagu ciptaan dari Edry yang menjadi hit di negara ini.

Dalam perkembangan terkini, Edry telah membawa keluarga untuk berhijrah ke United Kingdom demi anak ketiganya yang menghidap autisme.

Komposer yang juga ahli KRU ini bersyukur kerana akhirnya anak ketiganya, Emery, 11 tahun, yang merupakan anak autisme sudah berjaya menempatkan diri dan bersekolah di Manchester, United Kingdom dengan baik.

Edry memberitahu cikgu kepada Emery telah memberi respon balas bagaimana keadaan Emery ketika bersekolah di persekitaran sekolah tersebut yang dikhaskan untuk anak-anak istimewa seperti anaknya.

“Syukur Emery dah masuk sekolah menengah khas dengan anak2 istimewa yang lain..

“Cikgu kata dia bijak dan cepat sesuaikan diri dengan persekitaran.. Wishing the best for my dear son,”

Nampaknya cikgu mendedahkan semuanya baik-baik sahaja abuat Emery selepas anak Edry itu kini mampu menyesuaikan diri di sekolah berkenaan dengan baik.

Terdahulu Edry pernah memberitahu dia membuat keputusan untuk berhijrah bersama keluarganya ke Manchester bagi membolehkan Emery mendapatkan pembelajaran terbaik sebagai golongan autisme.

Kini dah 19 tahun mendirikan rumah tangga dengan Milia Mohamed dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Emil (18 tahun), Edylia (15 tahun), Emery (11 tahun), dan Elya (8 tahun).

Edry mengakui sebelum ini dia tidak pernah meluangkan masa yang banyak dengan keluarganya maklumlah dia begitu sibuk dengan kerjayanya dalam bidang muzik.

Oleh kerana itu, apabila berita pembubaran KRU diumumkan, lelaki berusia 42 tahun itu memberitahu selepas ini fokusnya hanya keluarga, bukan lagi kepada muzik.

Anak ketiga Edry, Emery merupakan kanak-kanak istimewa autisme yang tidak mampu bercakap seperti orang lain. Dia memerlukan sekolah serta pengajian yang berbeza di luar negara.

Sumber: Astro gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here