Komen Siti Nurhaliza kepada Syed Saddiq buat ramai tergelak.. bukan main lagi punchline

Dua ikon Malaysia iaitu penyanyi hebat Datuk Seri Siti Nurhaliza dan juga ikon remaja iaitu Menteri YB Syed Saddiq telah mencuri perhatian para netizen semalam.

Ini gara-gara satu komen yang ditulis oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza di satu foto yang dimuatnaik oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman.

Syed Saddiq telah berkongsi gambar sedang menggunting rambuat di sebuah kedai gunting rambut mamak di laman IG nya semalam.

Terlihat gambar itu, Siti Nurhaliza atau lebih mesra digelar Tokti secara bergurau meninggalkan komen di foto Syed Saddiq bahawa dia sedang memerhati daripada belakang.

Kalau diamati, memang terdapat sebuah poster wajahnya yang ditampal di dinding kedai guting berkenaan menunjukkan gambar Siti Nurhaliza.

Ini tulis Siti Nurhaliza di ruangan komen:

“YB cantik rambut, saya nampak dari belakang”

Komen gurauan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza di gambar Syed Saddiq itu berjaya membuatkan para follower terhibur dan tergelak.

Sehingga kini, foto berkenaan mendapat lebih 78,000 tanda suka dan seribu komen netizen.

Rata-ratanya netizen menganggap komen dari Siti Nurhaliza itu sebagai amat lucu dan terhibur dengan punch line dari penyanyi berkenaan.

Netizen melabel penyanyi lagu Anta Permana itu sebagai seorang yang ada sifat lucu secara semulajadi.

Ini antara komen dari seorang follower:

“So cute, lama cari baru paham belakang tu ada gambar Siti. Malam-malam ni buat saya tergelak”

“@ctdk … lawak ni memang sampai.. hahaha”

“@ctdk hahaha win la tokti ni”

Sumber: IG Syed Saddiq

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here