Konon belajar agama tapi buat maksiat tipu orang sana-sini – Iqram Dinzly pula ‘sekolahkan’ pendakwah

0
3866

Selebriti yang sering terpalit dengan beberapa kontroversi iaitu Iqram Dinzly telah tampil menegur sikap sesetengah pendakwah muda atau ustaz selebriti yang gemar tudung jari dan mencari kesilapan orang lain di laman media sosial.

Bagi pendapat Iqram, sebagai individu yang memiliki ilmu agama yang tinggi, mereka ini sepatutnya memberi penerangan sewajarnya tentang sesuatu isu dan bukan menjatuhkan hukum sewenangnya.

Ini nasihat dari Iqram Dinzly:

“Pendakwah muda… jangan sesuka hati nak keluarkan dalil dan menjatuhkan hukum atas kesilapan orang lain secara terbuka.

“Sebabnya anak muda kita ini banyak belajar daripada media sosial, mereka tak belajar berguru secara bersemuka dan bahaya bila mereka ambil bulat-bulat isi tersebut tanpa mengetahui maksud sebenar yang cuba disampaikan.

“Pelik dengan sikap mereka (pendakwah) yang suka menghentam seseorang secara terbuka, malah saya dapat tahu orang yang konon belajar agama tapi buat maksiat tipu orang sana-sini… apa tu?,”

Pelakon ini meytakan hal demikian ketika ditemui semasa sidang media program iftar di D’saji Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Iqram Dinzly berpendapat golongan pendakwah ini sepatutnya mendekati golongan ‘pendosa’ atau yang selalu buat dosa dan kemudiannya melihat peribadi mereka secara menyeluruh.

Ini jelasnya lagi:

“Saya ambil contoh, sebelum ini seorang usahawan dan personaliti media sosial dihentam teruk kerana keterbukaannya dalam sesuatu perkara tapi hakikatnya dia seorang yang memiliki akhlak mulia, menjaga kedua ibu bapa dan buat kebajikan.

“Tapi kerana kesilapannya itu, dia dikritik teruk sedangkan dalam hal dosa ini saya rasa semua orang berbuat dosa, kita semua tak ada beza.

“Tiada manusia yang sempurna dan pasti ada buat salah dalam hidup, sebab itu saya rasa sebaiknya pendakwah muda ini cuba dekati mereka ini terlebih dahulu,”

Itulah pendapat dari Iqram Dinzly.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here