Kronologi Kanak-Kanak 3 Tahun Hilang, Rupanya Dah Meninggal Dunia, Ditinggalkan Di Hutan

1
15802

Satu kes yang menggemparkan telah berlaku pada minggu lepas, berkaitan kehilangan seorang kanak-kanak bernama Nur Aisyah Aleya Abdullah.

Sepasang suami isteri diburu pihak polis bagi membantu siasatan kes kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang hilang. Dikatakan, kedua mereka melarikan diri ke Lembah Klang sejurus kejadian.

Kes ini sebenarnya agak mengelirukan orang ramai kerana begitu complicated.

Namun ianya tetap menimbulkan reaksi orang awam yang rata-ratanya simpati dengan nasib kanak-kanak itu.

Dalam perkembangan terkini, melalui satu laporan dari portal Harian Metro, kanak-kanak berkenaan disahkan meninggal dunia. Dan paling membuatkan ramai sayu dan sedih adalah apabila mangsa telah ditinggalkan di dalam hutan.

Mangsa dipercayai sudah meninggal dunia, sejak dua minggu lalu.

Rahsia berkenaan terbongkar selepas semalam, pasangan (suami isteri) berkenaan telah ditahan di Ampang, Selangor pada 4 jam petang. Suspek berusia 37 dan 40 tahun. Pihak polis telah mendapatkan perintah tahanan membawa mereka pulang ke Langkawi hari ini bagi membantu siasatan.

Dari laporan portal harian Metro, sasil soal siasat terhadap seorang lelaki berkenaan, dia mencerita apa yang berlaku.

“Hasil soal siasat mendapati, kanak-kanak berkenaan mengalami sawan ketika dimandikan lelaki berkenaan dan tidak sedarkan diri sebelum dia bertindak meninggalkan kanak-kanak itu di satu kawasan hutan.

“Suspek kemudiannya melarikan diri ke Lembah Klang bersama keluarganya,”

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Mohd Zaid Hassan berkata, tangkapan dilakukan pasukan dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Langkawi dengan bantuan anggota dari IPD Ampang.

Ini kenyataan dari polis:

“Suspek sudah dibawa ke Langkawi untuk tindakan lanjut,”

Sebelum ini, ibu kandung kepada Nur Aisyah Aleya Abdullah membuat laporan bahawa anak yang dijaga teman lelakinya hilang.

Ibu kepada Nur Aisyah dikatakan telah ke Langkawi dan tinggal bersama suspek dan isterinya di sebuah rumah di Kuarters Hospital Langkawi.

Tak laam selepas itu, ibu kandung kepada Nur Aisyah ini kemudian dihantar ke tempat kerjanya di sebuah restoran di Kampung Bohor Tempoyak, Padang Matsirat namun kanak-kanak 3 tahun ini tidak diserahkan bersama.

Kemudian, ibu Nur Aisyah telah pergi ke rumah suspek dan mendapati anaknya sudah tiada. Pada mulanya, dia dimaklumkan anaknya sudah diserahkan kepada pihak lain yang tidak dikenali.

1 COMMENT

  1. Ingin menyembunyikan kesalahan dgn melakukan kesalahan yg lebih besar.. apalah nasib anak2 mereka kiranya kedua org tua dihukum nanti. Ingatan utk semua agar bertindak dgn wajar dan waras kerana kesalahan tdk mungkin boleh ditutup dgn kesalahan juga. Jika benar kanak2 itu meninggal akibat sawan mengapa hendak disembunyikan? Akhirnya perlaku dikenakan tuduhan membunuh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here