KRONOLOGI Penuh Kes Pembunuhan Siti Masyitah, Warga Asing 23 Tahun Ditahan

0
15255

Kini sedang gempar di Malaysia tentang satu kes jenayah yang amat mengerikan.

Pada mulanya, seorang kanak-kanak telah dilaporkan hilang sejak 30 Januari lalu, kini mayat Siti Masyitah Ibrahim, 11 tahun, telah ditemui dalam keadaan amat tragis dengan tangan dan kakinya diikat, selain beberapa organ dalamannya hilang.

Mayat kanak-kanak itu ditemui beberapa orang kampung di ladang kelapa sawit di Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan, 5 petang semalam.

INI KRONOLOGI KES BUNUH ITU:

* Siti Masyitah dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan pada jam 5 Petang, 30 Januari.

* Menurut keterangan ibu mangsa, Zaleha Abdullah, anaknya keluar menunggang basikal berseorangan selepas meminta RM1 untuk ke kedai runcit.

* Laporan polis dibuat di Balai Polis Pekan pada malam 30 Januari selepas usaha mencari dan mengesannya menemui jalan buntu.

* Basikal mangsa ditemui orang kampung beberapa hari kemudian kira-kira dua kilometer dari rumah mangsa.

* Usaha mencari kanak-kanak perempuan itu diteruskan orang kampung termasuk melakukan pencarian di kawasan ladang kelapa sawit di mana mayat mangsa dijumpai.

* Pada 9 Februari mayat mangsa dijumpai di ladang kelapa sawit di Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan, kira-kira tiga kilometer dari rumah mangsa.

* Ketika ditemui mayat mangsa dalam keadaan tidak sempurna dan sudah mereput.

* Kepala mangsa juga sudah terpisah daripada badannya dan dilaporkan beberapa organ dalaman mangsa tidak dijumpai

* Mayat kini dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan dijangka menjalani proses bedah siasat pada esok.

UPDATE KES: SEORANG LELAKI DITAHAN

Polis hari ini mengesahkan lelaki sudah ditahan 30 Januari lalu bagi membantu siasatan berhubung kehilangan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek, berkata, suspek kini ditahan reman 14 hari bagi membantu siasatan pihaknya.

Katanya, lelaki yang ditahan itu direman mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Difahamkan suspek berusia 23 tahun itu adalah lelaki warga asing dan dipercayai mengenali keluarga mangsa.

“Kanak-kanak berkenaan kali terakhir dilihat pada 30 Januari lalu menaiki motosikal bersama seorang lelaki. Lelaki tersebut sudah dikenal pasti dan sudah ditahan bagi membantu siasatan.

“Sama ada mayat yang ditemui adalah mangsa yang hilang sebelum ini belum dapat disahkan sehingga laporan keputusan bedah siasat diperolehi dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) diperoleh,”

Harian Metro hari ini, melaporkan mayat Siti Masyitah Ibrahim, 11, ditemui dalam keadaan tragis selepas hilang selama 11 hari di ladang kelapa sawit Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan.

Kanak-kanak itu dilaporkan hilang pada 30 Januari lalu sebelum ditemui kira-kira 5 petang semalam oleh penduduk kampung.

Sumber: HMETRO

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here