Kumpulan Kristal Pilih Bekas Ahli Hyper Act Sebagai Vokalis, Ini Respon Lan Solo

Penyanyi yang juga bekas ahli kumpulan Kristal iaitu Lan kini lebih dikenali sebagai nama Lan Solo setelah menyertai Gegar Vaganza musim lalu.

Setelah Lan mengumumkan keluar dari kumpulan Kristal, mereka sedang mecnari vokalis baru dan akhirnya memilih Kecik sebagai pengganti Lan. kecik emrupakan bekas penyanyi kumpulan Hyper Act.

Lan Solo telah memberi respon tentang hal ini dan menyifatkan pemilihan bekas anggota Hyper Act itu sebagai vokalis baru kumpulan Kristal sebagai tindakan tepat dan bijak. Ini kerana penyanyi itu mempunyai suara yang mantap.

Justeru, Lan yang pernah bersama Kristal selama 18 tahun berharap peminat terus memberikan sokongan kepada kumpulan terbabit.

“Saya tidak berani untuk mengulas panjang kerana ia ibarat mengganggu ‘rumah tangga’ orang. Apa yang penting, saya berharap peminat akan terus memberi sokongan terhadap karya kami. Apapun, ia langkah baik untuk mereka yang kini memiliki sesuatu untuk terus maju ke depan dan memeriahkan industri hiburan”

Beberapa hari yang lalu, kumpulan Kristal mengumumkan mengambil Kecik sebagai vokalis baru Kristal kerana yakin dengan bakat dan kesungguhan penyanyi itu.

Untuk pengetahuan, Lan mengundurkan diri daripada Kristal pada November tahun lalu selepas timbul konflik dalaman membabitkan dirinya dengan anggota kumpulan itu.

Sementara Kecik pula mengumumkan pengundurannya daripada Hyper Act pada Disember 2016.

Lan berkata, dia berharap kehadiran penyanyi baru kumpulan Kristal akan mencetuskan persaingan sihat dalam industri muzik tempatan.

“Sekarang, masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri. Saya juga mempunyai karier seni sendiri dan semestinya akan fokus pada kerjaya solo”

Sebagai penyanyi solo, Lan telah muncul dengan single pertama, Berpisah Tanpa Rela, yang dikeluarkan pada bulan April lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here