Lagu “Bobo Di Mana” Diciplak, Pemilik Sebenar Tampil Beri Komen..

Kini usahawan kosmetik berstatus jutawan, Datuk Seri Aliff Syukri sedang trending dan popular dengan lagu ‘Bobo Di Mana’ hasil kolaborasi dengan rakannya Nur Sajat dan selebriti dari negara Indonesia Lucinta Luna.

Lagu Bobo Di Mana ini sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila ada penyanyi bernama Roy Rocardo mendakwa ianya diciplak dari lagunya. Lagu nyanyian Aliff Syukri didakwa ciplak lagu ‘Bobo Di Mana’ tanpa mendapat persetujuan penyanyi asal lagu tersebut.

Kesal dengan peniruan lagu tersebut, Roy Ricardo yang merupakan penyanyi asal lagu “Semalem Bobo Di Mana” telah memuatnaik satu video yang menyatakan Datuk Aliff Syukri telah menukar tajuk lagu tersebut kepada “Bobo Di Mana”, dan katanya jelas liriknya masih sama.

Roy Ricardo yang merupakan penyanyi hip hop dan rapper, mula menyedari video viral nyanyian Aliff Syukri, Nur Sajat dan Lucinta Luna melalui para peminatnya yang memberi Direct Message di laman Instagram miliknya.

Para peminatnya meminta Roy memberi penjelasan lagu ‘Bobo Di Mana’. Roy bagaimanapun mendedahkan ianya tak mendapat kebenaran dari pihaknya. Penyanyi ini turut berasa kesal apabila lagunya yang dinyanyikan dalam versi yang lain itu tidak mendapat izinnya.

Ini video dari Roy Ricardo:

Jika sebelum ini, lagu ‘Semalem Bobo Di Mana’ dikatakan diciplak oleh Andi Bernadee yang menukar tajuk lagu kepada ‘Semalam Sahur Dimana’ menjadi bualan.

Namun bagi penyanyi rapper ini, perbuatan Andi itu bukanlah satu kesalahan kerana Andi telahpun meminta izinnya untuk menggunakan lagu ‘Semalem Bobo Dimana’ dan ditukarkan kepada ‘Semalam Sahur Dimana’.

Bagi penyanyi ini juga, wang bukanlah menjadi satu perkara besar. Malah dia berasa kurang enak kerana mengguankan lagunya tanpa kebenaran. Apa yang dimahukan hanyalah meminta kebenaran sahaja.

Ini lagu Roy Ricardo

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here