Lan Pet Pet Cium Pengawal Keselamatan, Minta Maaf… Jadi Saman Tak? Ini Komen Pak Ya

Lan Pet Pet sebelum ini mempunyai isu berkait dengan seorang pengawal keselamatan, Yahya Manap atau Pak Ya yang maan pelawak berkenaan memukulnya.

Akhirnya kemelut antara mereka berakhir apabila Lan pet Pet dan Pak Ya telah bertemu malam tadi.

Dalam pertemuan hampir dua jam yang dihadiri keluarga dan sahabat baik kedua-dua pihak, permohonan maaf Lan Pet Pet (50 tahun) telah diterima dengan baik oleh Pak Ya (68 tahun) dengan hati terbuka.

SAYA BUKAN PENDENDAM – PAK YA

Ini komen Pak Ya:

“Saya maafkan Lan (Mazlan)… Ini bukan kerana wang tetapi keinsafan dirinya membuka hati saya memaafkannya.

“Buang yang keruh, ambil yang jernih. Lagipun, Ramadan al-Mubarak akan tiba, tidak lama lagi. Lebih elok kami berbaik daripada memanjangkan sengketa pada bulan mulia.

“Saya bukannya pendendam… Segala perbuatan dan kekhilafan Lan terlerai sebaik kami bersemuka,”

PAK YA KESIAN DENGAN LAN PET PET

Pak Ya memberitahu lagi, dia kasihan kepada Mazlan terutama dalam aspek karier dan reputasinya selepas insiden hitam itu.

Kata Pak Ya, dia menghormati tindakan Lan Pet Pet yang sanggup bersemuka untuk memohon maaf dengan hati yang ikhlas.

Ini komen Pak Ya lagi:

“Kerjaya dan reputasi Lan tercalar dengan insiden itu,”

“Asalkan Lan insaf dengan perbuatannya, itu sudah cukup. Saya akan berbincang dengan peguam untuk menarik balik permohonan rayuan supaya hukuman terhadap Lan disemak semula.

TERUSKAN SAMAN? INI KOMEN PAK YA

Dalam pada itu, tentang isu saman ini komen dari Pak Ya.

“Saya tidak akan meneruskan tindakan saman itu,”

KENYATAAN LAN PET PET

Dalam pada itu, Lan Pet Pet yang juga anggota kumpulan Senario, bersyukur Pak Ya dan keluarga telah memaafkan dirinya dan melayan dengan baik pada pertemuan itu.

“Berminggu-minggu fikiran saya runsing dan tidak senang hati selagi tidak bersemuka dengan Pak Ya dan keluarga.

“Saya mengambil sedikit masa untuk mengatur pertemuan ini. Saya perlu mencari nombor telefon dan memastikan Pak Ya bersetuju untuk bersemuka.

“Saya berterima kasih pada Pak Ya dan keluarga yang menerima pelawaan untuk bertemu.

“Pada awalnya, saya tahu Pak Ya marah. Tetapi apabila melihat saya dengan rendah diri, zahir dan batin memohon maaf, dia akhirnya tersenyum,” 

TAK AKAN ULANG KESILAPAN

Mazlan berkata, dia akan ingat pesanan Pak Ya supaya tidak mengulangi kesilapan.

“Walaupun pada pertemuan ini, air mata tidak menitis, tetapi hati saya menangis tiada siapa tahu.

“Saya sedih dan insaf. Saya berjanji akan menjaga Pak Ya dan keluarga seperti famili sendiri. Saya merancang membawa Pak Ya dan isteri menunaikan umrah di Makkah, insya-Allah”

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here